Search This Blog

Friday, December 10, 2010

Sekalung budi untuk media dan orang berjasa

Bagaimana lagi rasa ingin diucapkan rasa bersyukur dan leganya bila Majlis Penghargaan Media berjalan dengan jaya dan lancar. Kami gembira dan terharu ramai media dan individu-individu yang berjasa sudi hadir.

Tahun ini ialah tahun yang getir bagi kami sebab bajet dipotong dengan besarnya kerana keadaan ekonomi sekarang, tapi masih ada media dan individu-individu yang sudi membantu dan memberi kerjasama dalam publisiti, liputan dan program-program kesedaran anjuran kami.

Masih ingat lagi team bkk- mie, ayun dan dess buat 'marketing' dan mentor mengunjungi RTM di Wisma TV, Wisma Radio, stesen-stesen radio lain merayu slot-slot dalam media mereka. Saluran TV dan radio RTM paling banyak membantu dan tidak kurang juga Bernama Radio 24. Dah jam 9.00 malam ni otak aku tepu nak story lebih, you allz tengok je la gambar-gambar ni. Caption pun sekejap skima, sekejap lawak tak jadi, nantilah kami update lain yeh.


media registration


Pengarah Akademi, mentor (peh melaram dengan DSLR tu), Dato' Zuraidah

Semua boss-boss punya sembang lah

Thank you for coming!


COO Radio 24




Puas cari gambar Ayun kat sini rupanya


Reporters


Aiyaa Melissa..waa duduk VIP table woo
partners in crime Kamal Affendi




Orang kuat Sinar FM, Rostam pun datang

la awat la muka toya jer pak tam dan pak said oi!

Memang khusyuk...



Pengurus Perhubungan Awam Publisiti yang serba boleh!
Pembaca Doa
  
Antara media yang hadir

Peh soto tadi memang masyuuuk...

Point penting...

Chinese newspaper memang sentiasa menyokong kami..

Tan Sri memang mesra dengan wartawan

Haaa tambah bang tambah

Slurrp...

Yeke nak ambik sikit tu..tau dah, dalam hati risau tapai aiskrim kat ujung sana habis

Cik Rina cakap-jangan-berenti-boleh-sebab-suara-awak-best pun ada?!


pandai melawak pulak Pak Tam neh

wakil media

2 Dato satu Tan Sri. gesel pipi lagi

Nik Ramzi is the legend

Boss Kam-Rina-Irma...Azlan Idris

Kam!! thank you Kam..

Aduhai..


Puan Rohani dari Traxx FM

emcees tersohor kami...Razli & Shida

Press conference


ini tak masuk agenda - memula nak jamu makan jer,
tapi Tan Sri kena serbu plak!

dasat tul lah blogger sorang ni


Suara Razli boleh setanding suara Kam..kippidaap

PRO kami semua comel-comel

haa takde Hareez ni tak siap backdrop

Risau Si Ayun ni "mana diaorang tak sampai lagi?"

Dessy & Aya beramah mesra! mesra ka?



bangga bergambar sebelah model Huggo Boss
 

Majlis Penghargaan Media 2010


mmmm.....hari ni akan berlangsung satu lagi detik bersejarah di opis kitorang.....i.e MAJLIS PENGHARGAAN MEDIA 2010......Al-maklumlah dorang ni dah banyak membantu kita dalam mempromosikan perkhidmatan kita dan menyebarkan sebarang maklumat kita kepada orang ramai....so, kita kenalah kenang jasa dorang ni.......lagipun ini mmg salah satu fungsi PR......jaga hubungan baik dengan pihak wartawan....bak kata pepatah, Orang berbudi kita berbahasa :)......

Gambar?????? oooppps nanti dulu....Majlis belum berlangsung camno nak apdet gambar?...InsyaAllah lepas semayang Jumaat nanti kitorang apdet gambar2 cun kat sini ek....tungguuuuuuuuu.......

Buat sementara ni tengoklah gambar ni dolu.....huhuuuhuhuhu


Baru aku terasa yang aku ni kecik jer sebenarnye.....jangan marah Dato' Malek.....huuhuhuhuuh

 


Thursday, December 9, 2010

gadis cantik

loteh den nak explain dah.
bukan sekali. bekali-kali.
dah berbuih mulut den ni
ramai nak tahu sapo gadis santik dalam profile wanted terrorist tu.
den cakap sebono-bono, lillah! knapo tak percayo?
ramai peminat ko sepul!
dari ko jadi santik beh baik ko jadi lawa!
eh tak leh! lawa tu (sombong ikut bahasa sarawak)
ko jadi ko lah!
paparazi tersohor di bkk.
dan jangan dikaco lelaki ini
dia suami dan bapa orang.

Majlis Makan Malam Amal Setulus Kaseh



Penyanyi Maher Zain kembali ke Malaysia atas permintaan ramai. Kali ini beliau akan membuat persembahanan dalam Malam Amal Setulus Kaseh mulai 26, 27 dan 28 December 2010. Program anjuran Muslim Aid dengan kerjasama Rumah Titian Kaseh, Innovative Management Consultancy dan Alumni ESQ. Untuk tempahan dan pembelian kerusi dan meja, hubungi :

Sebarang sumbangan akan diberikan Resit Pengecualian Cukai mengikut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.
Harga Meja/Kerusi
Meja Cinta = (10 Meja x RM10,000.00)/ RM1000.00
Meja Kasih = (30 Meja x RM 5000.00) / RM500.00
Meja Sayang = (40 Meja x RM 3000.00) / RM300.00
Meja Rindu = (20 Meja x RM 2000.00) / RM200.00


1. Muhammad Kamarulazizi (Muslim Aid Malaysia) - 012 3377195
2. Nazirah Idris (IMC) - 013 3898534
3. Sukma (Alumni ESQ) - 016 3011540

atau

1. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
8-1-2, Mutiara Bangsar, Jalan Liku, 59100 Kuala Lumpur
tel : +603-22881996 / +603-22821996
fak : +603-22881996
email : mail@muslimaidasia.com
website : www.muslimaidasia.com
www.twitter.com/muslimaidasia
www.facebook.com/ykmam

dan

Rumah Titian Kaseh
No.62A-2, Lorong Maran Off Jalan Kuantan
Taman Tasik Titiwangsa
53200 KL
tel / fak : +603-40255246
Hanya Allah yang akan membalas segala jasa penyumbang-penyumbang sekalian.
Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahu pun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.
Al-Hadid: 18

Wednesday, December 8, 2010

Tribute to Our Mentor

Peh kitorang suka betul gambar mentor posing secara tak sengaja, hari tu.
Ni boleh commercialised ni, rockland dan aku pun ambik masa 5 min, untuk touch up gambar tu maka jadilah seperti di bawah. Class tak, ada macam iklan wardrobe or perfume ke...


Tuan jangan marah aaa. Mahal la gaya tak sengaja tu..

Rakaman kapsul infocukai

Pernah tak dengar tentang kapsul maklumat (information capsule)? Haa ni nak bagitaulah, kapsul maklumat tu ialah maklumat ringkas tentang sesuatu perkara yang disiarkan dalam media cetak, media elektronik ataupun online (haa ni sendiri punya definisi, tak percaya takpe). Ringkas  je supaya mudah diserap oleh fikiran, kalau siaran radio ada dalam 30 saat hingga 1 minit je. Tapi kena siaran mesti hari-hari untuk 2-3 bulan. Pastu, kalau dalam suratkhabar adalah cinonit dalam 20 patah perkataan...tapi letak la kat front page dekat dengan headlines, baru orang perasan. Memang berasap kepala nak ringkaskan segala mak-nenek maklumat teknikal lepas tu mesti senang difahami pula oleh orang ramai.

Tapi kitorang mendapati kaedah ini berkesan dalam menyampaikan ilmu, peringatan, panduan kepada orang ramai. Sebab pernah seorang pemanggil menyebut kembali kapsul info kami setahun lepas, ketika dia menghubungi kami. Kami bersukurlah sebab maklumat yang ringkas itu dapat beri manfaat kepada pendengar. Kami dah kerap siarkan dalam akhbar-akhbar tempatan, kebelakangan ini kami siarkan pula dalam saluran radio-radio tempatan untuk year-end publicity cum awareness cum education.

Hari tu sebelum cuti Maal Hijrah, kami buat recording kapsul info untuk siaran radio. Voice talent ialah 2 orang anchor Radio 24 Bernama, Kam & Rina yang sangatlah professionalnya.


Kat sini lah buat recording

Gaya seorang blogger...dengan beg sebelah di dalam ada DSLR baru hahaha, style lah mentor kitorang ni, kippidaap!

Produser betul dan sound engineer

Suara Kam memang superb..bergetar studio

Aduhai Ms Rina..sedapnye suara awak..cakap jangan berenti boleh?


Yang tadi produser betul, ada pulak si mamat take over, dah rasa macam penerbit dah

si mamat nak tunggu kot kot Rina terkucil lidah...tapi gagal di situ


Cik puan ni yang buat content..terer dia ni

Hahaha kacang jela info capsule you all..hahaha masyuk-masyuk pasni

dengar dulu idea Sharil ni

Yaa sukses - control la semua ya, padahal perut kebuluran tu
Nak dengar? Korang tune in la Radio 24 (93.9FM), Suria FM, RedFM dan  radio-radio RTM.