Search This Blog

Sunday, December 12, 2010

Bengkel e-Lejar dan EFT Bersama Wartawa/Media

Alamak....esok dah nak mula bengkel  e-Lejar dan EFT bersama Wartawan/Media...tapi banyak benda nak kena folo-up lagi.....adusssss.....nak tak nak aku kene ke opis gak ari ni....manalah tau kot2 ada fax masuk ttg tambahan peserta ke.....so dengan hati berbelah bagi aku gagahkan juge ke opis.....

sampai2 ke opis aku tgk mentor aku pun ada....kak C.C dan Kak Syaz pun ada....terus aku semangat nak wat kejer.... :)....Alhamdulillah berkat aku dtg opis hari ni, ada berjaya menambahkan bilangan peserta bengkel esok.... :).

anyway, ngkorang musti tertanya2kan?...apa mende e-lejar yang aku merepek ni?....so utk memastikan pertanyaan ngkorang tu terjawab kat sini aku tempelkan sikit ttg maklumat e-lejar tu.....lepas ni ngkorang boleh mula guna servis ni sebab ia memang akan memudahkan urusan percukaian ngkorang......ok adiosss buat masa ni....balik dari Bengkel nanti aku apdet gambar plak :)....

Aplikasi Atas Talian e-Lejar

Penerangan ringkas berkenaan aplikasi e-Lejar di LHDNM.
·               Aplikasi ini dinamakan sebagai e-Lejar, iaitu satu lejar elektronik pembayar cukai, yang dibangunkan di bawah projek Sistem Perakaunan Hasil Elektronik LHDNM (eRAS).
·               Melalui e-Lejar, pembayar cukai dapat menyemak sendiri:–
1. Butiran peribadi yang dikemaskini dalam rekod LHDNM;
2. Transaksi percukaian yang dikemaskini dalam akaun cukai;
3. Baki terkini akaun cukai.
·                  Melalui perkhidmatan ini, pembayar cukai yang mempunyai PKI (seperti yang digunakan untuk e-Filing) akan dapat melihat lejar masing-masing secara atas talian. Untuk mengakses kepada e-Lejar, pembayar cukai perlu memasukkan –
ü   no kad pengenalan (MyID) dan
ü   katalaluan (sama seperti yang digunakan untuk e-Filing).
·               e-Lejar memaparkan Lejar Cukai Pendaptan dan juga Cukai Keuntungan Harta Tanah (jika ada) untuk tempoh 2 tahun. Bagi tahun ini, ia mempaparkan transaksi tahun 2009 (akaun tahun sebelum) dan tahun 2010 (akaun tahun semasa).
·               Paparan Lejar Cukai Pendapatan bagi setiap pembayar cukai akan ditunjukkan dalam dua (2) bahagian lejar, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 –
ü   Akaun 1 adalah Akaun Cukai pada tahun semasa. Ia terdiri daripada butir-butir berikut:
~           Maklumat mengenai baki cukai dibawa kehadapan (jika ada)
~           Item debit meliputi transaksi yang meningkatkan liabiliti cukai seperti taksiran disifatkan, taksiran formal atau tambahan, penalti  atau sebagainya
~           Item kredit meliputi transaksi yang mengurangkan liabilit cukai seperti bayaran cukai, bayaran ansuran bagi cukai yang telah ditaksir, taksiran kurangan dan pindahan dari akaun 2 bagi kes taksiran tahun semasa yang telah disifatkan atau taksiran formal.
ü   Akaun 2 adalah Akaun Bayaran Ansuran Cukai pada tahun semasa. Ia terdiri daripada butir-butir berikut:
~           Maklumat mengenai baki dibawa kehadapan (jika ada)
~           Item kredit menunjukkan bayaran ansuran yang telah dibayar oleh pembayar cukai melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB), CP204 dan CP500 serta apa-apa pendahuluan-pendahuluan lain.
~           Item debit menunjukkan apa-apa pelarasan dan amaun yang dipindahkan kepada akaun 1 selepas taksiran dibangkitkan.
·               Baki dalam Akaun 1 (Lejar Cukai Pendapatan) menunjukkan baki cukai semasa pembayar cukai. Sekiranya Akaun 1 berbaki debit, ini menunjukkan bahawa jumlah liabiliti cukai adalah lebih besar daripada jumlah bayaran cukai. Ini bermakna, pembayar cukai mempunyai amaun tertunggak yang perlu dijelaskan. Pembayar cukai adalah dinasihati supaya berurusan dengan cawangan LHDNM bagi menjelaskan jumlah berkenaan. Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk mana-mana skim bayaran ansuran cukai yang telah diluluskan oleh LHDNM tetapi bayaran masih belum dibuat oleh pembayar cukai.
·               Sekiranya Akaun 1 berbaki kredit, ini menunjukkan bahawa jumlah bayaran cukai adalah lebih besar daripada jumlah liabiliti cukai. Bagaimanapun, baki ini masih tertakluk kepada apa-apa tambahan taksiran yang masih belum disifatkan atau dibangkitkan. Sekiranya tiada apa-apa tambahan taksiran cukai, ini bermakna, pembayar cukai adalah layak untuk mendapat pembayaran balik cukai. Kelayakan pembayaran balik cukai ini perlu disahkan oleh LHDNM dengan mengambil kira beberapa pertimbangan teknikal yang lain.
·               Baki dalam Akaun 2 menunjukkan baki bayaran ansuran cukai dimana bayaran berkenaan masih tidak boleh digunakan kerana  taksiran bagi bayaran berkenaan masih belum ‘disifatkan’ atau dikemaskini dalam lejar.
·               Bayaran ansuran dalam Akaun 2 terdiri daripada berikut:-
1.   Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi individu;
2.   Bayaran Ansuran Cukai Syarikat/ Perniagaan (CP204/CP500); dan
3.   Bayaran Ansuran Komposit / Cukai Kebelakangan.
·               Jumlah bayaran ansuran mengikut tahun taksiran di dalam Akaun 2 akan dipindahkan ke Akaun 1 apabila terdapat taksiran bagi tahun yang sama dibangkitkan dalam Akaun 1.
·               Sekiranya tiada taksiran dibangkitkan dalam Akaun 1, baki bayaran ansuran yang tidak digunakan di dalam Akaun 2 akan dibawa ke hadapan dalam tahun yang berikutnya.
·               Akses kepada e-Lejar boleh dibuat melalui https://elejar.hasil.gov.my

Friday, December 10, 2010

Sekalung budi untuk media dan orang berjasa

Bagaimana lagi rasa ingin diucapkan rasa bersyukur dan leganya bila Majlis Penghargaan Media berjalan dengan jaya dan lancar. Kami gembira dan terharu ramai media dan individu-individu yang berjasa sudi hadir.

Tahun ini ialah tahun yang getir bagi kami sebab bajet dipotong dengan besarnya kerana keadaan ekonomi sekarang, tapi masih ada media dan individu-individu yang sudi membantu dan memberi kerjasama dalam publisiti, liputan dan program-program kesedaran anjuran kami.

Masih ingat lagi team bkk- mie, ayun dan dess buat 'marketing' dan mentor mengunjungi RTM di Wisma TV, Wisma Radio, stesen-stesen radio lain merayu slot-slot dalam media mereka. Saluran TV dan radio RTM paling banyak membantu dan tidak kurang juga Bernama Radio 24. Dah jam 9.00 malam ni otak aku tepu nak story lebih, you allz tengok je la gambar-gambar ni. Caption pun sekejap skima, sekejap lawak tak jadi, nantilah kami update lain yeh.


media registration


Pengarah Akademi, mentor (peh melaram dengan DSLR tu), Dato' Zuraidah

Semua boss-boss punya sembang lah

Thank you for coming!


COO Radio 24




Puas cari gambar Ayun kat sini rupanya


Reporters


Aiyaa Melissa..waa duduk VIP table woo
partners in crime Kamal Affendi




Orang kuat Sinar FM, Rostam pun datang

la awat la muka toya jer pak tam dan pak said oi!

Memang khusyuk...



Pengurus Perhubungan Awam Publisiti yang serba boleh!
Pembaca Doa
  
Antara media yang hadir

Peh soto tadi memang masyuuuk...

Point penting...

Chinese newspaper memang sentiasa menyokong kami..

Tan Sri memang mesra dengan wartawan

Haaa tambah bang tambah

Slurrp...

Yeke nak ambik sikit tu..tau dah, dalam hati risau tapai aiskrim kat ujung sana habis

Cik Rina cakap-jangan-berenti-boleh-sebab-suara-awak-best pun ada?!


pandai melawak pulak Pak Tam neh

wakil media

2 Dato satu Tan Sri. gesel pipi lagi

Nik Ramzi is the legend

Boss Kam-Rina-Irma...Azlan Idris

Kam!! thank you Kam..

Aduhai..


Puan Rohani dari Traxx FM

emcees tersohor kami...Razli & Shida

Press conference


ini tak masuk agenda - memula nak jamu makan jer,
tapi Tan Sri kena serbu plak!

dasat tul lah blogger sorang ni


Suara Razli boleh setanding suara Kam..kippidaap

PRO kami semua comel-comel

haa takde Hareez ni tak siap backdrop

Risau Si Ayun ni "mana diaorang tak sampai lagi?"

Dessy & Aya beramah mesra! mesra ka?



bangga bergambar sebelah model Huggo Boss
 

Majlis Penghargaan Media 2010


mmmm.....hari ni akan berlangsung satu lagi detik bersejarah di opis kitorang.....i.e MAJLIS PENGHARGAAN MEDIA 2010......Al-maklumlah dorang ni dah banyak membantu kita dalam mempromosikan perkhidmatan kita dan menyebarkan sebarang maklumat kita kepada orang ramai....so, kita kenalah kenang jasa dorang ni.......lagipun ini mmg salah satu fungsi PR......jaga hubungan baik dengan pihak wartawan....bak kata pepatah, Orang berbudi kita berbahasa :)......

Gambar?????? oooppps nanti dulu....Majlis belum berlangsung camno nak apdet gambar?...InsyaAllah lepas semayang Jumaat nanti kitorang apdet gambar2 cun kat sini ek....tungguuuuuuuuu.......

Buat sementara ni tengoklah gambar ni dolu.....huhuuuhuhuhu


Baru aku terasa yang aku ni kecik jer sebenarnye.....jangan marah Dato' Malek.....huuhuhuhuuh