Search This Blog

Friday, September 30, 2011

AKADEMI PERCUKAIAN MALAYSIA KUCHING

KURSUS PERSARAAN 25 - 30 SEPTEMBER 2011
kamek di saqawak neh!
nak cite ni pasal APMK.
aduh cantik macam oqang-oqang saqawak jugak
sekali pandang terus jatuh cinta - maksud kamek APMKtu la bukan oqangnyak! dosa ko salah sangka!

tiap bilik dilengkapkan dengan sejadah dan grobok


katil ikut saiz baden la


nak study siang malam pun boleh, ada reading lamp


bilik mandi better dari one world hotel genting.


nak basuh muka? nak basuh pakaian? pikir la sendiri mesin basuh dan pengering ada di tiap tingkat di samping seterika


bangunan pentadbiran dan bilik kuliah.

bag pentadbiran di sambungkan dengan hostel dan kuarters pekerja. kuarters pekerja (orange) terletak di belakang dewan hasil (bumbung biru)


APMK tersergam indah di lereng bukit dengan kemudahan parkir yang mencukupi
 biliknyak jauh lebih baik dari hotel sabena yang kamek duduk masa projek csr di alor star tempoh hari. pendek cite, sendiri  tengok la .
aukkk

Tuesday, March 1, 2011

Selamat hari jadi......



Mmmm...diam tak diam, dah genap 15 tahun LHDNM di perbadankan. Kalau pompuan, dah taraf anak dara sunti dah...kalo lelaki plak gerenti dah 'mimpi'...huuhuhu

Daripada Jabatan kerajaan sepenuhnya ke Agensi Badan Berkanun....hari ni LHDNM menyambutnya dengan penuh bangga dan gembira....CEO namakan hari ini sebagai Hari HASiL...

So, mulai tahun ini Hari HASiL ini akan dijadikan acara rasmi tahunan...

Sempena sambutan hari ini, LHDNM akan tampil dengan wajah yang lebih segar berikutan penjenamaan semula beberapa komponennya seperti Bendera, Ikrar, Tali Leher, Baju Batik dan aksesori lain seperti klip Tali Leher dan Pin Hasil.

Kat bawah ni kitorang post skit gambaran antara identiti baru kitorang....


Gambaran Bendera Baru LHDNM


2 jenis pilihan tali leher dan tuala poket untuk Pegawai lelaki

Gambaran baju batik korporat - Biru

Gambaran baju batik korporat - Jingga

Klip tali leher


Baju seragam Penghantar Notis

Baju Staf Pembantu Am Rendah - Wanita

Baju Pemandu

Baju seragam Pembantu Am Rendah - Lelaki


Monday, February 28, 2011

KUTIP UTANG

Bertemu kembaliiiii....almaklumlah dah lebih 2 minggu kitorang tak apdet any post :)...

Ini pun aku tergerak nak apdet coz mmg aku rasa something interesting with belows picture :)....

Ujung minggu lepas aku gi joging sensorang...nak release tensen....tetiba mata aku terus terpaku kat satu iklan ni...punyalah berani diorang ni gantung iklan tu...dahlah takde permit PBT....apalah yg membuatkan diorang sebegitu berani agaknye ye..hehheheeh.....

Terpampang kat Iklan tuh....KUTIP HUTANG CARA HALUS !!!....dah tu nak yang hutang JUTA2 jer plak tuh...demand sungguh!!!....

Cara apa yg diorang nak guna ek?...ada main jin ker???.....ish...meremang bulu rome aku bila pikir bab jin nih.....Khurafat.....!!!

Tapi kan.....maybe JPH, LHDN boleh tanya kat tokeh kutip utang nih...boleh ker khidmat diorang digunakan untuk kutip Cukai Tertunggak daripada 'Jerung-jerung' yang liat bayar cukai nih...hahhahahahhahahhaha

Boleh ker??????...




Thursday, February 10, 2011

Kurang Ajar!!!!!!!!!!!


Sumber : Google photo


Semalam adalah antara hari yang paling tensen pernah aku rasai semenjak keje kat opis ni.....semua cam serba tak kena...keje yang senang jadi susah...tak semena-mena plak ramai org benci....aku pun tak tau kenapa..

Ibarat gurindam Melayu...semalam keje aku:

Umpama mengepal pasir sepanjang pantai,
Umpama nak menangkap belut dalam air,

Bagai membilang semut berjalan,
Bagai mencari jarum dalam rumput.


Sumer yang aku buat serba tak kena...
Bagi aku.....kalau patut ikut jalan pintas...kita ikutlah...janganlah bangang sangat nak jugak ikut jalan jauh yang ntah bila-bila nak sampai.....

pelik...memang pelik.....rupe-rupenyer masih ramai jugak lagi yang ada sikap cenggitu kat o'sasi aku ni.....
Entahlah...maybe itulah pilihan diorang....apa pun aku hormatlah cara diorang tu...cumanya, jangan sampai menyusahkan orang lain sudah....tambah plak kalau dah sepatutnya mereka bertanggungjawab sebagai pemudah cara....pemberi nasihat...pakar rujuk...dalam membantu kami-kami ni berhadapan dengan pelanggan.

Bila bercakap tentang pelanggan ni.....tiba-tiba terlintas kat pikiran aku...diorang ni faham tak agaknya perasaan kami-kami ni yang hari-hari mengadap bersemuka dengan pelanggan.....muka tebal...telinga bingit...mata pedih???.....mereka sedar tak yang kami ni...sebahagian daripada mereka? Kalau nak pelanggan faham dan maklumat sampai.....mereka sedar tak yang kami ni perlukan sokongan yang amat sangat daripada diorang? bukan setakat berikan sokongan....tetapi mestilah pantas dan peka dalam memberikan sokongan tu?....sedarkah mereka tentang semua tu????

Kalau tak sedar lagi...nah...aku harap mulai semalam diorang dah sedar.....tolonglah ubah cara kerja lama.....sudah masanya kita mendokong aspirasi baru....bak kata lagu...we will rock you!!! :).....

Kita tak akan mampu meng'rock' kan pelanggan kalau diri kita sendri belum bersedia untuk di 'rock' kan.....

Entahlah.....ada orang kata aku kurang ajar.....KURANG AJAR kah aku???...aku harap tidak.....tapi kalau itu pandangan diorang, aku terima seadanya...dan aku tidak marah...kerana persepsi itu tak akan pernah akan melemahkan semangat aku untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi aku dan lebih-lebih lagi pelanggan aku.

Tapi bila pikir-pikir balik....adakah kerana aku ni jenis yang 'open' dalam memberikan pandangan menyebabkan aku tidak disukai???...Arghhhh persetankan pikiran semacam itu....aku hanya makan gaji dan gaji aku dibayar untuk jalankan tugas sebegitu.....biarlah aku makan gaji yang diberkati.....aku taknak sampai satu tahap sebab terlalu nak menjaga hati manusia aku terpaksa gadaikan prinsip kerja aku.....that is not me..!!!
Jangan kita salah dalam meletakkan kepercayaan. Ibarat gurindam:

Ibarat....
Menyuruh kucing menjaga ikan,
Menyuruh harimau menjaga kambing,
Mengharapkan musang menjaga reban, dan
Harapkan perompak menjaga bank!!!.....

jangan...jangan...dan jangan begitu...

Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ia pahit untuk diterima.
Aku boleh terima pandangan dan kritikan orang lain....jadi bagi aku, orang lain harus pandai mula menerima kritikan ke atas diri mereka...
Bukan demi aku...tapi demi organisasi tempat kita cari rezeki ini...

Apa pun, aku minta maap kalau ada yang terasa walaupun aku tak nyatakan siapa di sini.
Aku hanya bersikap terbuka dengan berkongsi perasaan aku ini dengan orang lain.....

Samada nak terima atau tidak pandanganku ini....terpulangggggggg....

Sunday, February 6, 2011

Generasi Y di RTM

Haahaahaaa....





Setelah beberapa kali tertangguh siaran, akhirnya semalam secara rasmi rakaman Program Gen. Y kat RTM berjaya disiarkan.

Tiada makluman awal daripada Penerbit ttg siarannya ni, jadi aku tak sempat nak mintak Cek Man rakam kat opis.

Tapi takpe....nanti aku mintak salinan DVD nye daripada RTM :)...

Anyway, TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PIHAK RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) ATAS SOKONGAN YANG DIBERI DALAM MENERBITKAN PROGRAM INI BERSAMA LHDNM...

Semoga kerjasama baik ini berterusan demi BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA :)...

Generasi Y di RTM

Haahaahaaa....





Setelah beberapa kali tertangguh siaran, akhirnya semalam secara rasmi rakaman Program Gen. Y kat RTM berjaya disiarkan.

Tiada makluman awal daripada Penerbit ttg siarannya ni, jadi aku tak sempat nak mintak Cek Man rakam kat opis.

Tapi takpe....nanti aku mintak salinan DVD nye daripada RTM :)...

Anyway, TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PIHAK RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) ATAS SOKONGAN YANG DIBERI DALAM MENERBITKAN PROGRAM INI BERSAMA LHDNM...

Semoga kerjasama baik ini berterusan demi BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA :)...

Wednesday, February 2, 2011

Sidang Media Khas Isu PCB

Halloooo.....

Rasanye lama dah tak nulih blog ni....maklumlah sekarang ni musim ujan/banjir..jadik aku pun jadik lembab...cam cuaca gak..:)

Hari ni barulah rasa ringan nak apdet blog ni....tambah plak ada benda baru yang nak diapdetkan...

Sejak kebelakangan ni banyak plak pertanyaan/maklumbalas/aduan yang kitorang terima daripada rakyat Malaysia tentang isu PCB...yang paling byk bertanya kat kitorang apsal PCB diorang tinggi....berbanding sebelum2 ni.... Jawapan aku senang jer...iye la, dah gaji pun tinggi...PCB pun kena la tinggi...gaji nak baik setiap tahun, tapi PCB x nak naik....apa barang???? haaaaahahaha...

Tapi kan, kalaulah itu jawapan aku kat pembayar cukai yang bertanya, mau lebam mata aku sbelah...hahahhaha...berani-beraninyer cakap cenggitu!!!...huuhuhuhuuhu...

So, Bos aku pun cadangkan yang kito buat Press Conference (PC) jer...kebetulan plak kitorang ada CEO baru...inilah masanya nak tonjolkan dia....atas keputusan yang dibuat kitorang pun mulakan gerak kerja dalam tempoh kurang 24 jam hari bekerja (iyela...Selasa x kira coz KL Cuti Hari Wilayah)...

Aku pun berilah arahan kepada En. Ijoi buat jemputan Press...pastuh pikir apa talking points Dato'....
Nasib baik dapat full cooperation from the JPH peoples...fuhhh lega....dekat kul 9 malam gak aku balik umah Hari Senin tu....

Tapi blom abis setakat tuh....Selasa tu walaupun cuti aku dtg gak opis...nak edit Isu-isu dan Penjelasan PCB plak....sampai kul 4 aku kat opis...siap semua benda terus aku fwd kat Dato' Shukor utk dia study skit apa yg nak dicakapkan semasa PC nanti.

Hasilnya, hari ni aku kategorikan yang PC kitorang berjaya walaupun planned last minute. Bertalu-talu soalan daripada wartawan....sampaikan En. Sait, TKP (OP) yang baru sehari pegang jawatan tu pun terpaksa beri penjelasan jugak kepada reporters.... :)...

Apa pun kita tunggu jer la hasilnya liputannya esok....apa lah agaknya yang reporters akan tulis...harap2 dapat membantu kita memberikan penjelasan sewajarnya kepada Pembayar Cukai dan Majikan :).

Ok la...aku tampal bbrp keping gambar bawah ni utk ngkorang tatap....ahakssss

Friday, January 28, 2011

Pertandingan menerka vidpen - gangguan makhluk halus di.........

hello sume,
jom masuk pertandingan menerka vidpen yang seronok.

hadiah:
tidak lumayan tapi menawan - diimport dari luar negara.
terhad kepada 3 pemenang yang tepat jawapannya.

soalan:
  1. d imanakah penggambaran dilakukan?
  2. namakan pengangkutan untuk perjalanan.
  3. perjalanan itu dari mana ke mana?
  4. untuk apa kena naik pengangakutan itu?
  5. dalam entri mana program ini dilakukan.


cara:
jawab di dalam ruangan "comment"
catatkan url blog anda
tulis email untuk urusan penghantaran hadiah.

tips: kena baca blog ini untuk menjawab soalan yang mudah itu.

amaran: jangan lihat vidpen jika  lemah semangat atau mudah takot!



selamat mencoba!









Friday, January 21, 2011

SIARAN PROGRAM GENERASI Y DITUNDA

Kepada ngkorang semuaaaa.... Harap maklum bahawa Program Bualbicara GENERASI Y bertajuk CUKAI ANDA yang sepatutnya akan disiarkan pada 22 Jan 2011 telah DITUNDA pada:

Tarikh : 29 JANUARI 2011 (SABTU depan)
Masa  : 2.00 Petang
Saluran : TV 1 (RTM)



Ini kerana RTM mahu menyiarkan perlawanan Badminton Malaysia Open pada tarikh tersebut.




Maaf atas segala kesulitan

Wednesday, January 19, 2011

PROGRAM BUALBICARA GENERASI Y

Kepada ngkorang semuaaaa.... JANGAN LUPA saksikan Program Bualbicara GENERASI Y bertajuk CUKAI ANDA yang akan disiarkan pada:

Tarikh : 22 JANUARI 2011 (SABTU nieeee)
Masa  : 2.00 Petang
Saluran : TV 1 (RTM)

Saksikanlahhhhhh

Tuesday, January 18, 2011

Generasi Y

Mmmmm....sedar tak sedar kita sebenarnya hidup dalam Zaman Generasi Y....apa tu generasi Y? bagi yg tak tahu Gen Y tu adalah generasi alaf baru....Mereka ni mempunyai cara hidup mereka sendiri...budaya berfikir sudah berubah.....jadi...mahu tidak mahu kita perlu menyesuaikan diri dengan zaman mereka.

Bagi HASiL, tindakan untuk meremajakan organisasi sangat perlu...agar tidak ketinggalan zaman....agar kita seiring dan sejalan....tidak lagi hanya bersandarkan pada kenangan :)...cewwaaah macam lagu la plak...

Apapun, kita perlu bergerak ke satu dimensi baru....so cara pendekatan juga perlu berubah....termasuklah dalam menyampaikan sesuatu isu dan maklumat.....

Bertitik tolak daripada kesedaran itulah kitorang di BKK, JKK terus mendekati Media-media Massa terutamanya RTM untuk tujuan ini. Tadi dilangsungkan rakaman salah satu Program Khas untuk Remaja dan Belia di gelar "Generasi Y"....Pengacaranya Sdr. Muazz....mmg happening....tambahan plak penonton kali ni adik2 IPT daripada UNISEL dan Kolej SEGi . Diorang mmg cooperative....banyak gak la persoalan yang ditimbulkan tadi...tapi kalau nak kata puas hati tentulah tidak....masih banyak benda yang nak disampaikan...tapi takpe...kita simpan untuk Program yang lain-lain plak...manalah tau lepas ni dapat slot lagi kat RTM dan stesen2 TV yang lain.... :)

Kat bawah ni aku post skit gambar2 menarik sepanjang rakaman tu.....
So jangan lupa ye...tengok siarannya maybe pada 22 Jan 2011 (Sabtu nie), Jam 2.00 Petang di TV1....

Adiosss...


Makan dolu seblom rakaman..nyam..nyam...


Aishah (Pen. Penerbit) sedang bagi taklimat sebelum rakaman.

Sedang menjalani rakaman....gabra siotttt

Selesai sudahhhh...fuhhh lega....ni la Sdr Muazz yang asyik dijeling adik-adik penonton kita :)

Ambik gambar reramai lepas abis...tgkla Emi dan Dessy tu...kemain Posing lagik...Ina plak takde lam gambar coz pegi amik cenderahati kat luar...

Terima kasih Lan Kristal coz sudi jadik tetamu Gen Y :)

Terima kasih Muazz...soalan ngko mencabar gak...musti banyak buat homework ni...bagus...bagus....
Inilah Penerbit Program tu....Hisham (kanan)...terima kasih banyak coz bagi peluang kat kami...next time bagilah lagi ye.... :)

Nota: Aku ada bagi maklumat silap la plak masa program tu....huhuuhuhuh...sure Warga HASiL bengang nanti...tapi mmg gabra skit la masa rakaman tu....jadi x sedar maklumat tu salah hinggalah Dessy bagi tau aku...itupun setelah kitorang balik ke opis.... :(.... Apa pun ngkorang tengok jer la ye....mana yang kurang tu harap MAAFFFFF......

Thursday, January 13, 2011

SELAMAT BERTUGAS KPE BARU

Selamat bertugas Dato'....semoga LHDNM akan terus cemerlang di bawah pimpinan Dato'.

YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor bin Haji Mahfar
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
mulai 8 Januari 2011

Upacara penyerahan tugas sebagai KPE daripada YBhg. Tan Sri Hasmah kepada YBhg. Dato' Dr. Mohd Shukor pada 7 Januari 2011 di Dewan Hasil, Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta KL

Wednesday, January 12, 2011

KHAS UNTUKMU SRIKANDI NEGARA

YBhg. Tan Sri Hasmah Abdullah
Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
19 Oktober 2006 sehingga 7 Januari 2011


Setelah berkhidmat dengan LHDNM selama 37 Tahun 9 bulan dan 28 hari, Tan Sri Hasmah akhirnya melangkah pergi meninggalkan memori yang cukup indah untuk kita semadikan di dalam lubuk jiwa yang paling dalam......Kau pergi dengan jejak yang cukup cemerlang dalam menjadikan LHDNM terus gemilang serta terbilang...Terima kasih Tan Sri.....Srikandi kami dan juga pertiwi....semoga Tan Sri akan lebih berjaya dalam apa jua yang Tan Sri ceburi.....




Sajak nukilan Pn. Hailenpajar Osman, khas buat Tan Sri Hasmah Abdullah.....

Monday, January 3, 2011

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri Akhir

by Libby Fordham Communications - Small Biz 

 

8. Deliver on your promises

 

- This is your reputation at stake. If you say something in your PR then it better be true and you better be able to back it up. There is a reason why so many people use the old line - "We stand behind our products."

 

9. Remember that word of mouth is a powerful tool

 

- Communication goes on working without you being directly involved through word of mouth. If you do something fantastic then rest assured that a few people are going to know about it. If you do something badly then rest assured that everyone will know about it.

 

- PR never stops - it's the proactive things you do, it your business in motion and it is still happening long after you completed the job or delivered the service. How you present yourself and your business leaves a long lasting impression with your clients. They will talk about you - the good, bad and ugly.

 

10. Keep your momentum

 

- Once you get the momentum going don't rest on yur laurels. Get yourself a modern day vision statement, not one that says "We are committed to delivering the best in customer and quality assurance for the benefit of our customers." Write a story which describes your business then print it out and put it in your office to remind yourself of what the business represents.

 

- Keep thinking of how you can tell people about your product or service. Remember, this is the way you want people to perceive your business so with this in mind, develop ways to tell people, "Here we are, ready to do business with you".

 

The End.

Friday, December 31, 2010

Hutang TETAP Hutang !!!

As-salam.....

Pagi ni aku sempat belek Berita Harian online dalam ruangan rencana....aku tertarik dengan bebelan si Kunta Kinte hari ni.....bagi aku apa yang dia bebelkan tu ada benarnya..iye la, hutang tetap hutang. Bila tiba masa kena bayar jangan lah liat pulak!!!.

So kepada sesapa yang masih liat nak bayar hutang tu...terutamanya hutang PTPTN...fikir-fikirkanlah....masih ramai anak bangsa kat luar sana yang perlukan pinjaman untuk sambung belajar. Kalau tak cukup dana macam mana mereka nak dapat pinjaman ye tak??? akibatnya nanti ramailah yang tak dapat belajar dan seterusnya jadilah gelandangan yang tak tentu arah tujuan.....aku tak sanggup tengok anak bangsa aku jadik cam tu...fuhhhh nasib baiklah hutang belajar aku dah abis bayar......legaaaaaaaaaa....



Kunta Kinte: Hutang cepat, bayar liat

2010/12/31

KUNTA Kinte dah selalu cakap pasal hutang. Kalau boleh jangan berhutang. Tapi kalau terpaksa juga, hutanglah ikut kemampuan.

Jangan hutang banyak semata-mata kerana ada kedai televisyen, bank, syarikat kerjasama atau syarikat kad kredit yang sedia bagi. Sekarang ini, walaupun kerajaan dan Bank Negara kata nak kawal kegiatan hutang melalui kad kredit, tapi Kunta Kinte tengok kegiatan keluarkan kad kredit oleh bank komersial dan promosi guna kad kredit makin menjadi-jadi.

Boleh kata tak ada hari, pengeluar kad kredit tak hantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) promosi itu dan promosi ini. Bank pun nampaknya tak fikir lagi soal seseorang itu mampu atau tak mampu guna kad kredit. Asal ada alamat atau nombor telefon mereka akan tawar.

Amalan dan kegiatan bagi hutang macam inilah yang Kunta Kinte rasa antara punca orang kita berhutang terlalu banyak sampai tak mampu bayar balik atau jadi tabiat berhutang, tapi tak mahu bayar balik.

Maaf cakaplah, Kunta Kinte dah banyak kali jadi mangsa kepada manusia jenis ini. Manusia yang berhutang, tapi lepas itu batang hidung pun tak nampak. Telefon tak jawab. Hantar surat tak jawab. Cari di pejabat, pejabat tutup. Duit hilang, kawan pun hilang.

Masa nak pinjam bukan main lagi. Anak nak masuk universiti la. Kurang duit nak bayar gaji pekerja la. Nak pinjam seminggu dua sebelum bank keluarkan pinjaman la. Kalau gula manis, manis lagi mulut orang yang minta pinjam duit kita.

Ini bukan calang-calang orang. Ada pegawai tinggi kerajaan. Ada eksekutif syarikat penerbangan. Ada jutawan yang ada syarikat di Bursa Malaysia. Semua Islam. Semua Melayu. Semua kawan baik. Sudah-sudah duit hilang, kawan lesap.

Kunta Kinte ikut teladan Allahyarham ayah Kunta Kinte. Dasar dia, biar kita tinggal sehelai sepinggang, tapi hutang wajib dibayar. Jadi bila dia kembali ke rahmatullah dua tahun lalu, dia tak ada sekeping tanah pun. Semua habis dijual untuk sara anak-anaknya belajar dan untuk bayar hutang. Yang tinggal harta pusaka emak yang tidak disentuh.

Tak kira kita hutang siapa – hutang kawan, hutang bank, hutang kerajaan – kita wajib bayar. Tak payahlah Kunta Kinte bagi ceramah agama pasal beratnya tanggungan hutang. Kalau ada lagi orang Islam yang tak faham mengenai beratnya beban orang yang berhutang, susahlah nak mengaku Islam.

Lebih-lebih lagilah hutang daripada sebuah tabung pusingan yang diwujudkan khas untuk biayai pelajaran macam hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pinjaman Pelajaran MARA.

Malangnya, tak kira Islam, tak kira ada ijazah, tak kira belajar dalam negara atau luar negara, tak kira anak orang senang atau anak orang susah, ramai yang mungkir janji dan pecah amanah bila sampai masa bayar balik hutang.

Kunta Kinte baca satu laporan yang kata jumlah pinjaman PTPTN sepatutnya dibayar balik berjumlah RM2.12 bilion yang babitkan 597,066 peminjam. Daripada jumlah itu, RM1.02 bilion telah berjaya dikutip balik. Baki yang tertunggak sebanyak RM1.09 bilion. Siapa yang liat bayar balik? Seramai 73.2 peratus adalah Melayu yang berhutang RM798 juta, 16 peratus Cina (RM174.05 juta), 4.7 peratus India (RM51.0 juta) dan 6.2 peratus kaum lain dengan hutang tertunggak RM67.3 juta.

Maaf cakaplah, Kunta Kinte malu dengan sikap peminjam Islam/Melayu ini. Susah kita nak hormat orang macam ini, tak kira tinggi macam mana pun ijazah mereka dan di universiti mana mereka belajar. Bagi Kunta Kinte, orang yang tak bayar hutang, tak boleh percaya.

Katalah apa pun, hutang tetap hutang. Duit pembayar cukai yang mereka pinjam wajib bayar balik. Kalau kita biar mereka ‘songlap’ duit PTPTN atau duit Tabung Pinjaman MARA, lama-lama habislah. Sepatutnya, bukan saja mereka bayar hutang, malah mereka patut ambil giliran bantu pula pelajar yang tak mampu.

Tapi apa nak buat. Kita boleh mengeluh dan meratap. Sistem keluarga, masyarakat, pendidikan dan politik kita nampaknya telah gagal hasilkan insan yang amanah, berhemah dan bermaruah. Tak hairanlah dibagi pinjaman dia tak bayar balik. Dibagi kerja, dia curi tulang. Dibagi amanah dia pecah amanah. Dibagi kuasa dia salah guna kuasa. Maruah dia tak kira. Yang dia kira rasuah.

Bagi orang macam ini, dia hanya tahu hukuman dan paksaan. Malu dia tak malu lagi. Jadi Kunta Kinte harap semua pihak, termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi, berhentilah daripada berdolak-dalik pasal hutang PTPTN ni.

Buatlah apa pun. Gunakanlah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mana-mana agensi kerajaan potong gaji, rampas harta atau senarai hitamkan makhluk-makhluk berpelajaran tinggi, namun tak ada maruah dan perasaan.

Orang yang ada pelajaran tapi tak ada ilmu dan tak ada akhlak macam inilah yang buat orang lain susah. Orang macam ini sebenarnya tak boleh dipakai. Buat malu agama dan bangsa saja. Kalau nak kata Kunta Kinte cabul, katalah. Tapi Kunta Kinte tak tahan sangat dengan orang yang pandai berhutang, tapi liat nak bayar. Yang makan cabai melaka tu rasa-rasalah pedasnya.

Thursday, December 30, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 2

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007
5. Seek out good ideas

 

- Spend time looking at things around you - in your home, your street, in shops or in other business. Don't be afraid to adapt a good idea and apply it to ypur business.

 

6. If you are going to the media be prepared

 

  • Make sure you have all your facts.

  • Make sure your message is clear and easy to understand -    only give as much details as needed.

  • Send your press release to an actual person at the media outlet, don't just address it to a 'title'. Media outlets get thousands of press releases each day. Basically, they won't care about you unless a helicopter has fallen through the roof of your building :).

  • Once you send your press release, be sure to follow it up. Ring the person, converse with them about your idea and ask them if that is something they would be intersted in.

  • If you are going to be interviewed, decide on your three key points.

  • Try and be positive - complaining on talkback may give you coverage but what does it say about your business.

 

7. Have a budget, even it is small

- Clever communication tools  don't need to cost the earth but if you put all your PR expectations in getting an article in the newspaper, then you are likely to be dissappointed.

- Don't underestimate the power of small things, like the humble fridge magnet, the printed balloon, or the donation of goods or services.

- Then again, don't underestimate the power of big things, like a celebrity endorsement with appearances, an unveiling at a trade show or the sponsorship of football team.


to be continued...

Thursday, December 23, 2010

AWAS!!!



Semalam (22/12/2010) masa belek-belek surat khabar aku terbaca satu berita yang amat kurang enak....tajuk dia "Sindiket sogok pegawai bank"...Bharian.... kalo baca tajuk jer memang cam takde apa yang perlu dirisaukan sangat coz apa kene mengena kitorang dgn pegawai bank??? lainlah kalo bini kitorang atau kuarga kitorang ada yang kerja bank :)....tapi sangkaan ku meleset sama sekali.....ada kene-mengene rupenyer....artikel tu kata terdapat pegawai LHDN yang bersekongkol dengan sindiket tu...ALAMAKKKK!!!!! habislah reputasi organisasi tempat aku carik rezki ni!!!...susah payah kitorang nak naikkan tetiba dgn hanya satu artikel jer reputasi bole tercalar.....ish...ish...ish...sungguh tak adil kan???

Tapi apa nak buat coz memang itulah resam dunia...wartawan buat kerja dia...membongkar segala perkara...apa pun hidup perlu diteruskan. Jadi aku pun  mulalah mengarang ayat/surat untuk dihantar kepada editor BHarian, minta maklumat lanjut...tapi belum sempat surat dihantar wartawan bertugas yang bernama Faizal dah contact aku dulu...ish...cekap sungguh depa ni....Dia pun tanya kitorang "any comments?".....hasilnya maka keluarlah jawapan dalam BHarian hari ni sebagai penjelasan pihak LHDNM.....ngkorang bacalah sendiri BHarian, 23/12/2010 m.surat 14.....

Pesanan ikhlas kepada mana-mana pegawai yang buat kerja terkutuk tu...renti-rentikan la.....tak halal tau hasil yang ngkorang dapat tu....menyusahkan orang lain ada la....huhhhh!

Kepada sesapa yang ada maklumat tentang sindiket ni, tolong contact LHDNM dan laporkan. Kami akan pastikan siasatan terperinci dilakukan dan tindakan yang keras diambil terhadap pegawai yang melanggari etika kerja yang telah ditetapkan.

--------
Sindiket sogok pegawai bank
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Alzahrin Alias
bhnews@bharian.com.my
2010/12/22
Kegiatan palsukan maklumat lulus pinjaman, kad kredit didalangi ‘orang dalam’

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan yang menggunakan nama individu untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit dipercayai menggunakan ‘orang dalam’ beberapa agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memalsukan dokumen bagi memastikan pinjaman mereka berjaya.

Mereka juga dikatakan menyogok pegawai bank sehingga 20 peratus daripada jumlah pinjaman bagi memastikan pinjaman diluluskan.

Berita lanjut dalam akhbar Berita Harian, 22.12.2010.
-----
ni plak jawapan aku...sib baiklah apa yang aku cakap kuar semua dan maksud sebenarnya tepat...kalo tak susah gak nak menjawab :)






hidup

hidup ini satu perjalanan yang panjang. tentukan hala tuju anda.
ia akan memberi kesan pada diri sendiri dan mereka di sekeliling

Wednesday, December 22, 2010

Tunai zakat, cukai dikurangkan

Sumber: http://www.utusan.com.my/

17 Disember 2010

TIDAK banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Akta berkenaan menyatakan: "Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis".

Rebat secara umumnya bermakna, jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai dibayar.

Jika amaun zakatnya menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumi akan hal ini. Maka, rebat akan diberikan oleh LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan (tahun semasa).

Ini bermakna, jika seseorang itu membayar zakat pada tahun taksiran 2010, maknanya rebat akan diberikan pada tahun berkenaan sahaja.

Di samping itu, menurut ACP 1967, Seksyen 6A (3) di atas, tidak dinyatakan jumlah amaun tertentu atau batas amaun dalam rebat ke atas cukai. Ini bermakna, selagi mana pembayaran itu dibuat atas nama pembayaran yang wajib di sisi agama - dalam konteks ini ialah zakat - maka ia masih dikira sah untuk memperolehi rebat ke atas cukai berkenaan.

Walau bagaimanapun, timbul isu apabila seseorang memberikan zakat dalam amaun yang besar berbanding pendapatannya. Harus diingat, kadar zakat hanyalah dalam batas 2.5 peratus sahaja, maka seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, adakah sebenarnya pendapatan seseorang itu lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang taksiran cukai (BE).

Maka, di sini pihak pembayar zakat sewajarnya bijak menggunakan keluwesan akta yang meletakkan 'bayaran wajib' bagi menunaikan lain-lain zakat dan tidak semestinya hanya terbatas kepada zakat pendapatan sahaja.

Mereka boleh misalnya menunaikan zakat emas, zakat saham, zakat wang simpanan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hatta qada zakat terdahulu ke dalam bayaran zakat menerusi 'potongan zakat pendapatan' semasa.

Ini semua adalah bayaran wajib yang melayakkan mereka untuk memperolehi rebat ke atas cukai pendapatan mereka.

Setiap orang yang sudah menunaikan zakat, hendaklah menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran zakat, sama ada resit bayaran zakat fitrah mahu pun penyata zakat tahunan.

Ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN kelak, apabila diminta berbuat demikian. Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana deklarasi yang dibuat tidak dapat dibuktikan.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia hendaklah mengambil peluang yang terbuka ini seluas-luasnya bagi melunaskan zakat ke atas harta mereka. Pengalaman penulis sewaktu berkunjung ke negara jiran tidak berapa lama dahulu dan berkongsi informasi zakat ini, menyebabkan mereka amat teruja dengan kelebihan yang ada di negara kita.

Ini kerana, kemudahan seperti ini tiada di negara mereka, sehingga menyebabkan setiap orang Islam terpaksa melaksanakan kewajipan zakat dan selepas itu kewajipan cukai.

Insya-Allah, penulis akan berkongsi mengenai kelebihan membayar zakat menerusi kaedah potongan gaji pula pada siri yang akan datang. Semua ini adalah inovasi dalam dunia zakat, yang natijahnya bukan sekadar memudahkan urusan kita di dunia; bahkan memudahkan juga urusan kita di akhirat sana.

Firman Allah yang bermaksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu. (al-Baqarah: 185).



Tuesday, December 21, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 1

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007

 1. Be creative

- Get together with a group of friens and think of things which have grabbed your attention and put you in touch with a service or product. Brainstorm ideas, make a list and turn your ideas into a reality.

2. Figure out who you want to talk to

- Take this one seriously. Don't just say, "Hey i'm a plumber" and eventually everyone will need a plumber. Think about who usually makes the call to  your business or who buys your product? Are they male or female? How old are they? Where do they spend time? At the school ground? The local park? Do they read the local newspaper?

3. Decide what you want to say

- Think about what you want to say and develop 3 clear message about your business then stick to them.
- Test out your messages on other people, get feedback, take suggestions and be willing to see yourself as other people see you.

4. If you are not a good communicator, use someone who is

- Whether you are doing an interview or writing a brochure, if you can't string 2 words together then don't try. This is your image and reputation at stake. Get a colleague or a family member to write your information or hire a professional.

to be continued...