Search This Blog

Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 2

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007
5. Seek out good ideas

 

- Spend time looking at things around you - in your home, your street, in shops or in other business. Don't be afraid to adapt a good idea and apply it to ypur business.

 

6. If you are going to the media be prepared

 

  • Make sure you have all your facts.

  • Make sure your message is clear and easy to understand -    only give as much details as needed.

  • Send your press release to an actual person at the media outlet, don't just address it to a 'title'. Media outlets get thousands of press releases each day. Basically, they won't care about you unless a helicopter has fallen through the roof of your building :).

  • Once you send your press release, be sure to follow it up. Ring the person, converse with them about your idea and ask them if that is something they would be intersted in.

  • If you are going to be interviewed, decide on your three key points.

  • Try and be positive - complaining on talkback may give you coverage but what does it say about your business.

 

7. Have a budget, even it is small

- Clever communication tools  don't need to cost the earth but if you put all your PR expectations in getting an article in the newspaper, then you are likely to be dissappointed.

- Don't underestimate the power of small things, like the humble fridge magnet, the printed balloon, or the donation of goods or services.

- Then again, don't underestimate the power of big things, like a celebrity endorsement with appearances, an unveiling at a trade show or the sponsorship of football team.


to be continued...

Thursday, December 23, 2010

hidup

hidup ini satu perjalanan yang panjang. tentukan hala tuju anda.
ia akan memberi kesan pada diri sendiri dan mereka di sekeliling

Tuesday, December 21, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 1

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007

 1. Be creative

- Get together with a group of friens and think of things which have grabbed your attention and put you in touch with a service or product. Brainstorm ideas, make a list and turn your ideas into a reality.

2. Figure out who you want to talk to

- Take this one seriously. Don't just say, "Hey i'm a plumber" and eventually everyone will need a plumber. Think about who usually makes the call to  your business or who buys your product? Are they male or female? How old are they? Where do they spend time? At the school ground? The local park? Do they read the local newspaper?

3. Decide what you want to say

- Think about what you want to say and develop 3 clear message about your business then stick to them.
- Test out your messages on other people, get feedback, take suggestions and be willing to see yourself as other people see you.

4. If you are not a good communicator, use someone who is

- Whether you are doing an interview or writing a brochure, if you can't string 2 words together then don't try. This is your image and reputation at stake. Get a colleague or a family member to write your information or hire a professional.

to be continued...

Wednesday, December 8, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 6 (Akhir)

Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB



ETIKA BERPAKAIAN

Pengenalan

Berpakaian sesuai dengan sesuatu majlis dan mengikut keadaan tempat merupakan amalan kehidupan kita seharian. Sekiranya kita berpakaian tidak sesuai mengikut majlis, kita akan berasa janggal dan menjadi tumpuan orang
lain. Walau bagaimanapun, ia juga mengikut cita rasa seseorang.

Penyesuaian baju bagi lelaki

 
Tidak sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher kecuali memakai lounge suit. Sematkan semua butang jika bertali leher (kecuali butang kolar). Biasanya tali leher/tie akan disesuaikan dengan baju:

Baju
Tali leher/tie

stripe
Plain
plain
stripe
cerah
gelap
gelap
cerah
cerah
terang

Penyesuaian seluar


Baju
Seluar
Cerah
Gelap
Gelap
Cerah
Plain
Plain
Plain
Stripe
Stripe
Plain


Tiga jenis seluar

1. Slack
- Ready made (beli terus dikedai).

2. Trousers
- Tempah di kedai.

3. Pantaloon  
- Seluar berlipat dibawah.

Penyesuaian tali leher/tie

1.   Pakai tali leher hanya dengan baju lengan panjang.
2.   Bahagian hujung tali leher mestilah kena hujung kepala tali pinggang.
3.   Sekiranya menggunakan lounge suit, tie pin hendaklah ditengah kocek.
4.   Sekiranya tidak menggunakan launge suit,tie pin hendaklah di
bahagian bawah kocek.
5.   Tie batik hanya sesuai dengan pakaian berfesyen.

Penyesuaian lounge suit

1.   Gunakan kain kapas berwarna lembut untuk waktu siang.
2.   Gunakan kain kapas berwarna gelap untuk waktu malam dan acara
rasmi.
3.   Gunakan baju tanpa corak.
4.   Gunakan tie pin selari dengan tengah kocek.
5.   Seluar tidak bell bottom.
Penyesuaian stoking

1.   Gunakan warna yang sesuai dengan seluar.
2.   Warna putih jenis kapas hanya sesuai untuk bersukan.
3.   Elakkan stoking yang berbelang/bercorak.

Penyesuaian pewangi

1.   Gunakan cologne atau deodoran yang lembut.
2.   Jika abergaul dengan orang ramai sapukan cologne di kedua-dua belah
bahu.
3.   Gunakan pewangi yang sesuai iaitu siang haruman lembut, manakala malam haruman yang juga lembut atau sedikit kuat (apa pun terpulang kepada keselesaan pemakai).


Penyesuaian fizikal

1.   Rambut bersisir rapi.
2.   Misai dan janggut dijaga rapi.


Penyesuaian pakaian wanita


Nampak sopan suit ni...lagi pun sesuai juga dikenakan oleh wanita bertudung :)

1. Elakkan kain berkilau/berkilat di siang hari.
2. Elakkan menggunakan satu warna sahaja.
3. Tidak lebih daripada empat warna pada satu masa.
4. Pilihan warna kain berasaskan kepasa warna kulit dan bentuk badan.
5. Gunakan stripe yang sesuai:

1.1        Stripe menegak untuk orang yang berbadan gempal/berisi.
1.2        Stripe melintang untuk orang yang kurus.

6. Jangan terikut-ikut fesyen (jangan jadi hamba fesyen….).
7. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap.

Penyesuaian alat solek wanita

1.   Biasanya menggunakan alat solek yang sederhana.
2.   Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat dan gunakan
perfume diwaktu malam dan eau de toilette untuk waktu siang.
3.   Gunakan barang kemas yang sederhana.


Penyesuaian fizikal wanita

1.   Rambut hendaklah sentiasa tersisir rapi.
2.   Semua bahagian rambut tertutup diikat kemas jika memakai tudung.
3.   Jika memakai mini telekung, warna tudung bertentangan dengan warna baju.
4.   Gunakan sarung kaki warna kulit.

Saturday, December 4, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 5


Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB

SKOP PENGETAHUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

Sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam harus memiliki pengetahuan asas mengenai:

1. Misi dan Visi Jabatan
2. Peranan dan Fungsi Jabatan
3. Aktiviti-Aktiviti semasa yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan.
4. Penjawat-Penjawat Utama
5. Orang-orang Atasan Daerah / Negeri.
6. Pengetahuan teknikal berkaitan Jabatan.

SIKAP PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

Dalam apa-apa urusan semasa melaksanakan tugas, Pegawai Perhubungan Awam hendaklah sentiasa mengamalkan sikap :

1. Memberi layanan adil terhadap semua aduan sama ada aduan kakitangan atau aduan awam.
2. Sentiasa memberikan layanan mesra
3. Sentiasa bersikap berkecuali
4. Tidak beremosi menangani aduan
5. Tidak berdendam
6. Bersikap Pro-aktif
7. Menunjukkan perwatakan dan ketrampilan yang baik dan kemas.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tafsiran, Pegawai Perhubungan Awam dilarang :

1. Menyentuh soal-soal dasar dan polisi
2. membuat kenyataan akhbar kecuali dengan arahan ketua jabatan
3. membuat kenyataan yang bukan fakta.

ETIKA SOSIAL

Untuk memudahkan kita bergaul dan bermesra dengan orang lain, kita perlu mengetahui serba sedikit etika sosial. Jika pengetahuan tentang etika sosial terlalu cetek, seseorang itu merasakan dirinya janggal ketika bergaul dengan orang ramai. Ini akan membuatkan kita tersisih daripada masyarakat, malah ada yang menjadi wall flower (ala-ala barang hiasan jer...cantik tapi tak memberikan maklumbalas...boringggg bebbb..) ketika berada dalam sesuatu majlis.

Tatacara Perkenalan

Terdapat 2 prinsip asas:

1. Body language
2. Jangan jadi wall flower

Cara Memperkenalkan

1. Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
2. Penonjolan diri sendiri adalah paling tidak penting (jangan giler glamer...)
3. Perkenalkan lelaki kepada wanita (daripada status dan pangkat yg
sama).
4. Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.
5. Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkat kepada orang yang lebih
tinggi pangkatnya.
6. Dalam urusan perniagaan, pangkat atau kuasa lebih penting.
7. Dari segi sosial, penghormatan diberi keutamaan kepada golongan
diraja.

Cara Memperkenalkan (Contoh dialog)

1. Boleh saya memperkenalkan……………………………
2. Saya ingin tuan/puan berkenalan dengan………………….
3. Tuan/puan, inilah……………………………………………
4. Izinkan saya memperkenalkan……………………………..
5. Silakan berkenalan………………………………………..

                                             Cara Menjawab
 
1. Apa khabar?
2. Bertuah sungguh dapat bertemu tuan/puan
3. Helo!

 
4. Bersalam – orang lelaki mesti menunggu orang perempuan menghulurkan tangan (untuk bukan Islam) mengikut suasana di sesuatu tempat. Tapi kalo boleh, eloklah elakkan bersalam dengan yang bukan muhrim.... :)
Cara yang berkesan semasa berkenalan :

1. Tentukan kedua-dua belah pihak sudah bersedia.
2. Pandang ke arah mata orang yang diperkenalkan kepada kita.
3. Sebutkan namanya dengan jelas, betul dan tentukan suara dalam keadaan sederhana.
4. Akui sekiranya terlupa nama orang yang sedang kita bercakap.

Perbualan sosial

Bagi mewujudkan perbualan sosial yang harmonis kita perlu:
                          1. Berminat.
 
2. Mendengar dengan baik.
3. Memandang mata orang yang berbual dengan anda - eye contact (dari mata turun ke hati... :).
4. Bercakap dengan perlahan, tidak kuat dan pastikan ringkas (keep it short and simple...KISS).5. Minta pendapat pendengar (jangan syiok sendiri...kena belajar terima pandangan org lain jugak).6. Berjenaka/memuji dengan ikhlas (kalo series sangat boringggg).7. Mengawal gerakan tangan (jangan banyak sgt pergerakan...dikhuatiri tersenggol terlempang muka orang yang lalu lalang sebelah kita masa berbual :)....



Elakkan perkara-perkara berikut (sensitif bebbbb):

1. Hal-hal peribadi.
2. Agama.
3. Politik.
To be continued.....

Wednesday, November 24, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 4

FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM
Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB


1.Mengukur, menilai dan menginterpretasikan sikap pelbagai publik yang berkenaan (Peringkat mengumpul maklumat daripada publik yang boleh mempengaruhi kedudukan).


2.Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif untuk kefahaman dan penerimaan publik terhadap barangan, rancangan, polisi dan tenaga pekerja.

3.Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan dan matlamat pelbagai publik yang berkenaan (peringkat membuat perancangan).

4.Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik. (Kenyataan akhbar, sidang akhbar, iklan, promosi, pameran, rumah terbuka, derma, CSR atau apa saja kegiatan lain yang boleh mendatangkan imej yang baik.

PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM YANG BAIK DALAM ORGANISASI

1. Memahami alam politik organisasi.
2. Mempelajari dan memahami sistem komunikasi tidak formal.
3. Mencari pengalaman untuk meningkatkan kemahiran.
4. Mencari rakan sumber idea dan kerja.
5. Menyesuaikan matlamat diri dengan organisasi.
6. Belajar berkomunikasi dengan baik.
7. Hindarkan berkomplot merancang menentang.
8. Berkawan seramai yang perlu.
9. Peka dengan isu semasa.
10.Hindarkan penggunaan pertalian anda untuk menentang ketua.
11.Maklumkan kepada ketua segala aktiviti yang berkaitan dengannya.
12.Berguna kepada mereka yang berkenaan.
13.Mendengar dengan baik.
SIFAT PERIBADI SEORANG PERHUBUNGAN AWAM

1. Fasih bertutur/berpidato.
2. Menjadi pendengar yang setia.
3. Pemerhati yang sepi - cuba teliti keadaan dan persekitaran. Kurangkan tabiat mengkritik yang negatif.
4. Cepat mempelajari.
5. Pandai menyesuaikan diri.
6. Mempunyai daya ingatan yang kuat.
7. Boleh memahami hati manusia.
8. Sabar.
9. Berani.
10.Jujur.
11.Amanah.
12.Berdisiplin.
13.Penulis yang baik.
14.Peka kepada perubahan.
15.Boleh menghasilkan idea-idea baru.
16.Tenang dan cekap bertindak pada waktu kecemasan.
17.Berdiplomasi.
18.Cekap menjalankan tugas.
19.Matang pemikiran.
20.Keunggulan peribadi.

Kefahaman terhadap prinsip-prinsip Perhubungan Awam menjadi asas dalam menjalinkan hubungan yang baik antara satu pihak dengan pihak yang lain. Perhubungan Awam yang berkesan akan dapat menonjolkan imej sesebuah organisasi. Layanan baik kepada publik yang memerlukan pertolongan dan perkhidmatan dengan memberi maklumat yang tepat dan secara terus- menerus kepada mereka yang berkepentingan akan dapat mengekalkan suasana harmoni dan silaturahim antara organisasi dengan publiknya.

To be continued...

Monday, November 22, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 3


Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB

TUJUAN

Dasar Perhubungan Awam bermatlamat untuk “memastikan imej baik Organisasi sentiasa terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan, keyakinan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan orang ramai”.

Tujuan asas perhubungan awam adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu terhadap sesebuah organisasi atau sesebuah program. Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau kumpulan yakin terhadap objektif organisasi/program dan faedah yang boleh didapati, sama ada oleh individu/masyarakat/negara.

Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-individu organisasi untuk memberitahu masyarakat umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dan individu bagi membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. Dengan lain perkataan, imej organisasi perlu berada di peringkat yang terbaik dan tugas individu dalam organisasi adalah untuk menjaga dan mengekalkan imej ini.

OBJEKTIF

Di bawah dasar ini menggariskan lima objektif utama seperti berikut:

a)Identiti Korporat: Untuk memperkenal dan memberi kesedaran  kepada orang ramai akan kewujudan Jabatan dan juga peranan, tugas  dan fungsi-fungsinya.

b)Imej Korporat: Untuk membina, meningkat dan memelihara dengan  baik Imej Korporat Jabatan yang dapat digambarkan sebagai positif,  dinamik, proaktif, kreatif dan kritis.

c)Budaya Korporat: Untuk menjalin dan memelihara hubungan  persefahaman yang erat dan kerjasama yang rapat antara Jabatan dengan publiknya. Publik merupakan individu, kumpulan-kumpulan individu atau organisasi yang mempunyai kepentingan terhadap Jabatan. Publik sasaran ini meliputi publik dalaman dan publik luaran.

d)Komunikasi: Untuk mengadakan saluran komunikasi dua hala yang  melibatkan tiga komponen utama iaitu:

i.  Pengurusan Jabatan,
ii. Proses Komunikasi yang berterusan dari masa kesemasa, dan
iii.Publik Sasaran

e)Kekitaan: Untuk mengukuh dan memupuk semangat kekitaan  di kalangan anggota Jabatan (publik kakitangan) yang juga merupakan publik dalaman iaitu individu-individu yang berada dalam ruang lingkup Jabatan. Publik Kakitangan merangkumi pihak pengurusan Jabatan, pihak pekerja dan kesatuan sekerja.
 
To be continued.....