Search This Blog

Wednesday, December 8, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 6 (Akhir)

Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB



ETIKA BERPAKAIAN

Pengenalan

Berpakaian sesuai dengan sesuatu majlis dan mengikut keadaan tempat merupakan amalan kehidupan kita seharian. Sekiranya kita berpakaian tidak sesuai mengikut majlis, kita akan berasa janggal dan menjadi tumpuan orang
lain. Walau bagaimanapun, ia juga mengikut cita rasa seseorang.

Penyesuaian baju bagi lelaki

 
Tidak sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher kecuali memakai lounge suit. Sematkan semua butang jika bertali leher (kecuali butang kolar). Biasanya tali leher/tie akan disesuaikan dengan baju:

Baju
Tali leher/tie

stripe
Plain
plain
stripe
cerah
gelap
gelap
cerah
cerah
terang

Penyesuaian seluar


Baju
Seluar
Cerah
Gelap
Gelap
Cerah
Plain
Plain
Plain
Stripe
Stripe
Plain


Tiga jenis seluar

1. Slack
- Ready made (beli terus dikedai).

2. Trousers
- Tempah di kedai.

3. Pantaloon  
- Seluar berlipat dibawah.

Penyesuaian tali leher/tie

1.   Pakai tali leher hanya dengan baju lengan panjang.
2.   Bahagian hujung tali leher mestilah kena hujung kepala tali pinggang.
3.   Sekiranya menggunakan lounge suit, tie pin hendaklah ditengah kocek.
4.   Sekiranya tidak menggunakan launge suit,tie pin hendaklah di
bahagian bawah kocek.
5.   Tie batik hanya sesuai dengan pakaian berfesyen.

Penyesuaian lounge suit

1.   Gunakan kain kapas berwarna lembut untuk waktu siang.
2.   Gunakan kain kapas berwarna gelap untuk waktu malam dan acara
rasmi.
3.   Gunakan baju tanpa corak.
4.   Gunakan tie pin selari dengan tengah kocek.
5.   Seluar tidak bell bottom.
Penyesuaian stoking

1.   Gunakan warna yang sesuai dengan seluar.
2.   Warna putih jenis kapas hanya sesuai untuk bersukan.
3.   Elakkan stoking yang berbelang/bercorak.

Penyesuaian pewangi

1.   Gunakan cologne atau deodoran yang lembut.
2.   Jika abergaul dengan orang ramai sapukan cologne di kedua-dua belah
bahu.
3.   Gunakan pewangi yang sesuai iaitu siang haruman lembut, manakala malam haruman yang juga lembut atau sedikit kuat (apa pun terpulang kepada keselesaan pemakai).


Penyesuaian fizikal

1.   Rambut bersisir rapi.
2.   Misai dan janggut dijaga rapi.


Penyesuaian pakaian wanita


Nampak sopan suit ni...lagi pun sesuai juga dikenakan oleh wanita bertudung :)

1. Elakkan kain berkilau/berkilat di siang hari.
2. Elakkan menggunakan satu warna sahaja.
3. Tidak lebih daripada empat warna pada satu masa.
4. Pilihan warna kain berasaskan kepasa warna kulit dan bentuk badan.
5. Gunakan stripe yang sesuai:

1.1        Stripe menegak untuk orang yang berbadan gempal/berisi.
1.2        Stripe melintang untuk orang yang kurus.

6. Jangan terikut-ikut fesyen (jangan jadi hamba fesyen….).
7. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap.

Penyesuaian alat solek wanita

1.   Biasanya menggunakan alat solek yang sederhana.
2.   Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat dan gunakan
perfume diwaktu malam dan eau de toilette untuk waktu siang.
3.   Gunakan barang kemas yang sederhana.


Penyesuaian fizikal wanita

1.   Rambut hendaklah sentiasa tersisir rapi.
2.   Semua bahagian rambut tertutup diikat kemas jika memakai tudung.
3.   Jika memakai mini telekung, warna tudung bertentangan dengan warna baju.
4.   Gunakan sarung kaki warna kulit.

Sunday, December 5, 2010

Saturday, December 4, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 5


Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB

SKOP PENGETAHUAN PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

Sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam harus memiliki pengetahuan asas mengenai:

1. Misi dan Visi Jabatan
2. Peranan dan Fungsi Jabatan
3. Aktiviti-Aktiviti semasa yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan.
4. Penjawat-Penjawat Utama
5. Orang-orang Atasan Daerah / Negeri.
6. Pengetahuan teknikal berkaitan Jabatan.

SIKAP PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

Dalam apa-apa urusan semasa melaksanakan tugas, Pegawai Perhubungan Awam hendaklah sentiasa mengamalkan sikap :

1. Memberi layanan adil terhadap semua aduan sama ada aduan kakitangan atau aduan awam.
2. Sentiasa memberikan layanan mesra
3. Sentiasa bersikap berkecuali
4. Tidak beremosi menangani aduan
5. Tidak berdendam
6. Bersikap Pro-aktif
7. Menunjukkan perwatakan dan ketrampilan yang baik dan kemas.

PERKARA-PERKARA YANG DILARANG

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah tafsiran, Pegawai Perhubungan Awam dilarang :

1. Menyentuh soal-soal dasar dan polisi
2. membuat kenyataan akhbar kecuali dengan arahan ketua jabatan
3. membuat kenyataan yang bukan fakta.

ETIKA SOSIAL

Untuk memudahkan kita bergaul dan bermesra dengan orang lain, kita perlu mengetahui serba sedikit etika sosial. Jika pengetahuan tentang etika sosial terlalu cetek, seseorang itu merasakan dirinya janggal ketika bergaul dengan orang ramai. Ini akan membuatkan kita tersisih daripada masyarakat, malah ada yang menjadi wall flower (ala-ala barang hiasan jer...cantik tapi tak memberikan maklumbalas...boringggg bebbb..) ketika berada dalam sesuatu majlis.

Tatacara Perkenalan

Terdapat 2 prinsip asas:

1. Body language
2. Jangan jadi wall flower

Cara Memperkenalkan

1. Perkenalkan orang yang kurang penting kepada orang yang lebih penting.
2. Penonjolan diri sendiri adalah paling tidak penting (jangan giler glamer...)
3. Perkenalkan lelaki kepada wanita (daripada status dan pangkat yg
sama).
4. Perkenalkan orang yang lebih muda kepada orang yang lebih tua.
5. Perkenalkan orang yang lebih rendah pangkat kepada orang yang lebih
tinggi pangkatnya.
6. Dalam urusan perniagaan, pangkat atau kuasa lebih penting.
7. Dari segi sosial, penghormatan diberi keutamaan kepada golongan
diraja.

Cara Memperkenalkan (Contoh dialog)

1. Boleh saya memperkenalkan……………………………
2. Saya ingin tuan/puan berkenalan dengan………………….
3. Tuan/puan, inilah……………………………………………
4. Izinkan saya memperkenalkan……………………………..
5. Silakan berkenalan………………………………………..

                                             Cara Menjawab
 
1. Apa khabar?
2. Bertuah sungguh dapat bertemu tuan/puan
3. Helo!

 
4. Bersalam – orang lelaki mesti menunggu orang perempuan menghulurkan tangan (untuk bukan Islam) mengikut suasana di sesuatu tempat. Tapi kalo boleh, eloklah elakkan bersalam dengan yang bukan muhrim.... :)
Cara yang berkesan semasa berkenalan :

1. Tentukan kedua-dua belah pihak sudah bersedia.
2. Pandang ke arah mata orang yang diperkenalkan kepada kita.
3. Sebutkan namanya dengan jelas, betul dan tentukan suara dalam keadaan sederhana.
4. Akui sekiranya terlupa nama orang yang sedang kita bercakap.

Perbualan sosial

Bagi mewujudkan perbualan sosial yang harmonis kita perlu:
                          1. Berminat.
 
2. Mendengar dengan baik.
3. Memandang mata orang yang berbual dengan anda - eye contact (dari mata turun ke hati... :).
4. Bercakap dengan perlahan, tidak kuat dan pastikan ringkas (keep it short and simple...KISS).5. Minta pendapat pendengar (jangan syiok sendiri...kena belajar terima pandangan org lain jugak).6. Berjenaka/memuji dengan ikhlas (kalo series sangat boringggg).7. Mengawal gerakan tangan (jangan banyak sgt pergerakan...dikhuatiri tersenggol terlempang muka orang yang lalu lalang sebelah kita masa berbual :)....



Elakkan perkara-perkara berikut (sensitif bebbbb):

1. Hal-hal peribadi.
2. Agama.
3. Politik.
To be continued.....

Friday, December 3, 2010

On Air di Radio24 Bernama, 93.9FM

Salammmm...

Pagi ni aku, emi dan mentor ada tugasan kat Radio24 Bernama. Mentor kena on air dalam slot Ala-carte pagi....biasanya slot ni bincang topik2 terkini yang perlu dikongsi dengan para pendengar.... so team kitorang ngan Bernama Radio yang di ketuai oleh salah sorang Penerbit terkenalnya (Cik Irma Marina Mashadi) dah setuju nak cakap ttg aplikasi Inovasi terbaru LHDNM i.e e-Lejar........Alamak, mampu ke kitorang bawak topik ni...because it is sound very technical....tambah plak kitorang belum la mahir sangat ttg e-Lejar.... so apa lagi, emi dan aku pun mulalah cari seberapa banyak info ttg e-Lejar utk dipersembahkan kepada mentor....sampai kul 9 malam kitorang kat opis semalam nak prepare info tu....... :).....bila siap jer terus emi bagi kat mentor....dan mentor pun terima dgn senyum simpulnye...siap nampak gigi lagi...al-maklumlah baru lepas appoinment ngan Dentist....gigi tampak berseri lagik...huhuuhuhuuhu

Tapi nak dijadikan citer....rupa-rupanya mentor kitorang lagik risau coz nak on-air pagi nih.....dia siap stay up until early morning semata-mata nak study topik tuh...kuui..kui...kui...sian kat mentor :)

Pagi ni plak, janji nak on air kul 8.30 pagi ni, so kitorang pun arrange kenderaan pejabat kul 7.40 pagi...dgn harapan bole la sampai awal sebelum 8.15pagi...ada 15 min nak tarik nafas dan calm down....tapi malangnya jalan jem yang amat.....nak lepas bulatan segambut dari jalan duta pun  berkurun (lama).....tak sangka plak jadi camtu....kitorang ingat cuti sekolah ni jalan ok la skit...rupe2nyer...harammmmm.....jem serupa jer cam tak cuti sekolah.....tapi sib baiklah driver kitorang cekap...dia belok kut ni...dia belok kut tuh...akhirnya sampai kat Bangunan Bernama di Jalan Tun Razak kul 8.25 pagi.....fuhhhhhh legaaaaaaaaa.....walaupun idung kembang kempis menarik nafas yg hampir putus coz risau tak sampai on time...repo kena jaga beb.......terima kasih kat abg driver.... :)....

Kiranya dapatlah rehat dalam 5 minit...mentor aku pun nyut-nyut air mineral yang penerbit sediakan dengan straw kecik... gaknye dalam hati dia musti dia kata "apahal plak straw ni comel sangat...lambat nak abih air ni..:)"....sampai kering air mineral tuh.....dalam hati aku....musti mentor aku tgh gugup nih....huhhuuuuuu.....siannnnn....tapi Alhamdulillah...moment he step into the konti, pas tuh tgk plak muka compere yang cun i.e Rina.... mentor aku nampak cam dah ok dah...hasilnya dia berjaya habiskan 30 minit sesi tu dgn selambanya. Siap kata eh...dah abis ker??? tak boleh buat 1 jam ker???,,,hohoohohoohhuhuhuuh....lebih..lebih plak mentor aku nih....


Yang penting.....lepas abis slot tuh maka sesi tangkap gambar pun bermula....kitorang pun beraksilah disamping Penerbit Irma, Rina dan Syeliza....sambil bergambar sambil mulut tak abis2 ngomel....maklumlah PRO jumpa dgn orang Radio.....maka berlakulah sesi bertukar idea....sambil2 cakap tu mulut tak renti mengunyah kuih ketayap (ada setengah tempat panggil kuih gulung) dan karipap...sodap sungguh...maklumlah mmg tak sompek nak sarapan lagi... :)....ada satu idea yg sangat aku suka....Irma kata buatlah program bersama media cam treasure hunt ker....ala-ala nak jaga repo dgn media la...muhibbah skit katenye.....aku pun tanpa pikir panjang terus setuju dgn idea dia.....siap aku tambah lagi....kalo jadik idea tu kita buat CSR skali...sambil cari harta karun yg belum tentu ada, kita singgahlah mana-mana tempat utk buat gotong- royong ker....sampaikan bantuan ker....ada gak nanti bahan berita yg nak ditulis....mmmmmmm menarik gak kan idea tu???? apa kata ngkorang? ok tak?....

Sambil engkorang fikir samada idea tu ok atau tak...kitorang nak gi sambung sarapan kat Restoran Haslam plak.....pekena Kopi Jantan ngan Roti Tampal...perghhhhh terangkattttt..... :)

Bergambar duluuu sebelum on airrr..... :)


Inilah Rina...cun tak????


Mentor sedang bersiap nak on air...

Sedang membelek soalan yg nak ditanya....jangan tanya soalan cepu emas sudahhhh :)

Sedang on air......seriusnyer mentor aku menjawab soalan...yg aku bleh tersenyum plak...huhuuhuuh

start cakap je.. laju pulak masa, ikut time zone mana konti nih?



Berenti jap.....Kam Kamarudin take over baca Top 5 news...



Slot kitorang selesai.....sempat bergambar lagi tuh sambil Kam baca Top 5 News :)....musti bunyi snap gambar kedengaran ke Seluruh Lembah Klang...i'm sorryyyyyy...hohoohooh

Haaa...sesi bergambar dan berbual santai dah tiba......

Sebelum tuh...meh pekena Neskape ngan Kuih ketayap dan karipap duluuuu....masyukkkk beb....
Memberi bagus antara satu sama lain si Helmi tak tau pulak apa cuba disampaikan..

Fuyoooo...dapat souvenier la plakkkk..... Terima kasih Radio24... :)

Lagi souvenier presented by Ms Irma.....

Hamboiiii....lawak ape yg mentor aku jual tuh??? sampai ketawa bosar dorang... :)



Yang ni plak cam serius jerk... :)

Kopi Jantan Haslam Cafe....


Roti Tampal...perghhhh terangkattt beb... :)

Nota: Sila jeles jika perlu...huhuuuuhohooohoo....tapi kalo nak muntah pun kira ok gak la..... :) Jap lagi nak pekena Nasi Beriani Kambeng kat Masjid Wilayah plak......huhuuhuuh

Thursday, December 2, 2010

Enam Teka Teki Imam al-Ghazali

Kredit kepada http://fazakkeer.blogspot.com/


1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.

KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179.

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

Jadik...jom kita jadi yg terbaik........

Wednesday, December 1, 2010

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kedah dan Perlis - Paper Cutting

Di bawah ni kitorang post kan bbrp paper cutting ttg Program CSR tempohari. Terima kasih kepada pihak Media yang sudi hadir dan buat liputan. Jangan serik datang majlis anjuran kami lagi ye :)...
.....Luv u all...muahhhhhhh......



Berita Harian (Utara), 25 Nov 2010

" Ngkorang nak tau.....ada mangsa banjir datang walk-in ke ofis
kita di Alor Setar selepas terbaca diari akhbar ni....sedangkan kita
akan bagi kepada mangsa yang dah dikenalpasti jer.......
sian kat diorang kan....tapi nak wat camno....sumbangan
dah diaturkan....kang kalo bagi takut tak cukup plak.... :( "



Sinar Harian (Utara), 28 Nov 2010

"Ngkorang perasan tak?...perenggan 2 dan 3 tu ada salah lapor?.....
Nama Datin yang  betul ialah Datin Rohani Abd. Hadi, pastuh siap
jawatan Pengerusi Biduanita....wakakaka...bila masa plak lah
LHDNM ada Persatuan hiburan tu :)....yang sebetulnya PUSPANITA.....
sian kat Datin....jangan marah ye Datin...typo error tu :)....

Yang para 3 plak lagi best.... Puan Rozina jadi Pengarah Korporat dari
Jabatan Khidmat Masyarakat....perghhhhh....LHDNM dah ada JKM.....
pasni sure ramai beratur kat Blok 9 Jalan Duta hantar surat mohon sumbangan....huhuuhhhuhhuuhuhuu....yang sebetulnya Jabatan Khidmat Korporat.....
maybe wartawan nak release berita tu segera sampai tersasul menaip :).....
sabar yo lahhhh....


Mmg sian kat makcik ni.....Datin Rohani (dua dari kiri) sampai
menitiskan air mata melihat kesusahan mereka.... :(


Amboiiii...sempat bergambar lagi tu....jeles i...masa ni kami
masih kat tempat jamuan, sebok melantak....wakakakkakaka


Air tangan orang yang tidak solat


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar  malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.


Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."


Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.


Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.


Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

  
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

   
As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

"Dengan itu saya menasihatkan pada diri saya sendiri dan semua yang membaca artikel ini supaya jagalah solat...."
So janganlah kita nak jadik....  pulak ye......Jangan berenti baca...ada lagi kat bawah ni :)

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
   
Tapi lain pula halnya dengan kita ni.. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu.

Mamak...roti canai satuuuuu.....
Teh tarik siapppppp......



mmm....sedapnyerrrrr....nyum...nyum...


 

Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra ' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah waamalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

"Dengan itu saya menasihatkan pada diri saya sendiri dan semua yang membaca artikel ini"


Wallahua'alam....