Search This Blog

Friday, December 31, 2010

Hutang TETAP Hutang !!!

As-salam.....

Pagi ni aku sempat belek Berita Harian online dalam ruangan rencana....aku tertarik dengan bebelan si Kunta Kinte hari ni.....bagi aku apa yang dia bebelkan tu ada benarnya..iye la, hutang tetap hutang. Bila tiba masa kena bayar jangan lah liat pulak!!!.

So kepada sesapa yang masih liat nak bayar hutang tu...terutamanya hutang PTPTN...fikir-fikirkanlah....masih ramai anak bangsa kat luar sana yang perlukan pinjaman untuk sambung belajar. Kalau tak cukup dana macam mana mereka nak dapat pinjaman ye tak??? akibatnya nanti ramailah yang tak dapat belajar dan seterusnya jadilah gelandangan yang tak tentu arah tujuan.....aku tak sanggup tengok anak bangsa aku jadik cam tu...fuhhhh nasib baiklah hutang belajar aku dah abis bayar......legaaaaaaaaaa....



Kunta Kinte: Hutang cepat, bayar liat

2010/12/31

KUNTA Kinte dah selalu cakap pasal hutang. Kalau boleh jangan berhutang. Tapi kalau terpaksa juga, hutanglah ikut kemampuan.

Jangan hutang banyak semata-mata kerana ada kedai televisyen, bank, syarikat kerjasama atau syarikat kad kredit yang sedia bagi. Sekarang ini, walaupun kerajaan dan Bank Negara kata nak kawal kegiatan hutang melalui kad kredit, tapi Kunta Kinte tengok kegiatan keluarkan kad kredit oleh bank komersial dan promosi guna kad kredit makin menjadi-jadi.

Boleh kata tak ada hari, pengeluar kad kredit tak hantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) promosi itu dan promosi ini. Bank pun nampaknya tak fikir lagi soal seseorang itu mampu atau tak mampu guna kad kredit. Asal ada alamat atau nombor telefon mereka akan tawar.

Amalan dan kegiatan bagi hutang macam inilah yang Kunta Kinte rasa antara punca orang kita berhutang terlalu banyak sampai tak mampu bayar balik atau jadi tabiat berhutang, tapi tak mahu bayar balik.

Maaf cakaplah, Kunta Kinte dah banyak kali jadi mangsa kepada manusia jenis ini. Manusia yang berhutang, tapi lepas itu batang hidung pun tak nampak. Telefon tak jawab. Hantar surat tak jawab. Cari di pejabat, pejabat tutup. Duit hilang, kawan pun hilang.

Masa nak pinjam bukan main lagi. Anak nak masuk universiti la. Kurang duit nak bayar gaji pekerja la. Nak pinjam seminggu dua sebelum bank keluarkan pinjaman la. Kalau gula manis, manis lagi mulut orang yang minta pinjam duit kita.

Ini bukan calang-calang orang. Ada pegawai tinggi kerajaan. Ada eksekutif syarikat penerbangan. Ada jutawan yang ada syarikat di Bursa Malaysia. Semua Islam. Semua Melayu. Semua kawan baik. Sudah-sudah duit hilang, kawan lesap.

Kunta Kinte ikut teladan Allahyarham ayah Kunta Kinte. Dasar dia, biar kita tinggal sehelai sepinggang, tapi hutang wajib dibayar. Jadi bila dia kembali ke rahmatullah dua tahun lalu, dia tak ada sekeping tanah pun. Semua habis dijual untuk sara anak-anaknya belajar dan untuk bayar hutang. Yang tinggal harta pusaka emak yang tidak disentuh.

Tak kira kita hutang siapa – hutang kawan, hutang bank, hutang kerajaan – kita wajib bayar. Tak payahlah Kunta Kinte bagi ceramah agama pasal beratnya tanggungan hutang. Kalau ada lagi orang Islam yang tak faham mengenai beratnya beban orang yang berhutang, susahlah nak mengaku Islam.

Lebih-lebih lagilah hutang daripada sebuah tabung pusingan yang diwujudkan khas untuk biayai pelajaran macam hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Pinjaman Pelajaran MARA.

Malangnya, tak kira Islam, tak kira ada ijazah, tak kira belajar dalam negara atau luar negara, tak kira anak orang senang atau anak orang susah, ramai yang mungkir janji dan pecah amanah bila sampai masa bayar balik hutang.

Kunta Kinte baca satu laporan yang kata jumlah pinjaman PTPTN sepatutnya dibayar balik berjumlah RM2.12 bilion yang babitkan 597,066 peminjam. Daripada jumlah itu, RM1.02 bilion telah berjaya dikutip balik. Baki yang tertunggak sebanyak RM1.09 bilion. Siapa yang liat bayar balik? Seramai 73.2 peratus adalah Melayu yang berhutang RM798 juta, 16 peratus Cina (RM174.05 juta), 4.7 peratus India (RM51.0 juta) dan 6.2 peratus kaum lain dengan hutang tertunggak RM67.3 juta.

Maaf cakaplah, Kunta Kinte malu dengan sikap peminjam Islam/Melayu ini. Susah kita nak hormat orang macam ini, tak kira tinggi macam mana pun ijazah mereka dan di universiti mana mereka belajar. Bagi Kunta Kinte, orang yang tak bayar hutang, tak boleh percaya.

Katalah apa pun, hutang tetap hutang. Duit pembayar cukai yang mereka pinjam wajib bayar balik. Kalau kita biar mereka ‘songlap’ duit PTPTN atau duit Tabung Pinjaman MARA, lama-lama habislah. Sepatutnya, bukan saja mereka bayar hutang, malah mereka patut ambil giliran bantu pula pelajar yang tak mampu.

Tapi apa nak buat. Kita boleh mengeluh dan meratap. Sistem keluarga, masyarakat, pendidikan dan politik kita nampaknya telah gagal hasilkan insan yang amanah, berhemah dan bermaruah. Tak hairanlah dibagi pinjaman dia tak bayar balik. Dibagi kerja, dia curi tulang. Dibagi amanah dia pecah amanah. Dibagi kuasa dia salah guna kuasa. Maruah dia tak kira. Yang dia kira rasuah.

Bagi orang macam ini, dia hanya tahu hukuman dan paksaan. Malu dia tak malu lagi. Jadi Kunta Kinte harap semua pihak, termasuklah Kementerian Pengajian Tinggi, berhentilah daripada berdolak-dalik pasal hutang PTPTN ni.

Buatlah apa pun. Gunakanlah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau mana-mana agensi kerajaan potong gaji, rampas harta atau senarai hitamkan makhluk-makhluk berpelajaran tinggi, namun tak ada maruah dan perasaan.

Orang yang ada pelajaran tapi tak ada ilmu dan tak ada akhlak macam inilah yang buat orang lain susah. Orang macam ini sebenarnya tak boleh dipakai. Buat malu agama dan bangsa saja. Kalau nak kata Kunta Kinte cabul, katalah. Tapi Kunta Kinte tak tahan sangat dengan orang yang pandai berhutang, tapi liat nak bayar. Yang makan cabai melaka tu rasa-rasalah pedasnya.

Thursday, December 30, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 2

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007
5. Seek out good ideas

 

- Spend time looking at things around you - in your home, your street, in shops or in other business. Don't be afraid to adapt a good idea and apply it to ypur business.

 

6. If you are going to the media be prepared

 

  • Make sure you have all your facts.

  • Make sure your message is clear and easy to understand -    only give as much details as needed.

  • Send your press release to an actual person at the media outlet, don't just address it to a 'title'. Media outlets get thousands of press releases each day. Basically, they won't care about you unless a helicopter has fallen through the roof of your building :).

  • Once you send your press release, be sure to follow it up. Ring the person, converse with them about your idea and ask them if that is something they would be intersted in.

  • If you are going to be interviewed, decide on your three key points.

  • Try and be positive - complaining on talkback may give you coverage but what does it say about your business.

 

7. Have a budget, even it is small

- Clever communication tools  don't need to cost the earth but if you put all your PR expectations in getting an article in the newspaper, then you are likely to be dissappointed.

- Don't underestimate the power of small things, like the humble fridge magnet, the printed balloon, or the donation of goods or services.

- Then again, don't underestimate the power of big things, like a celebrity endorsement with appearances, an unveiling at a trade show or the sponsorship of football team.


to be continued...

Thursday, December 23, 2010

AWAS!!!



Semalam (22/12/2010) masa belek-belek surat khabar aku terbaca satu berita yang amat kurang enak....tajuk dia "Sindiket sogok pegawai bank"...Bharian.... kalo baca tajuk jer memang cam takde apa yang perlu dirisaukan sangat coz apa kene mengena kitorang dgn pegawai bank??? lainlah kalo bini kitorang atau kuarga kitorang ada yang kerja bank :)....tapi sangkaan ku meleset sama sekali.....ada kene-mengene rupenyer....artikel tu kata terdapat pegawai LHDN yang bersekongkol dengan sindiket tu...ALAMAKKKK!!!!! habislah reputasi organisasi tempat aku carik rezki ni!!!...susah payah kitorang nak naikkan tetiba dgn hanya satu artikel jer reputasi bole tercalar.....ish...ish...ish...sungguh tak adil kan???

Tapi apa nak buat coz memang itulah resam dunia...wartawan buat kerja dia...membongkar segala perkara...apa pun hidup perlu diteruskan. Jadi aku pun  mulalah mengarang ayat/surat untuk dihantar kepada editor BHarian, minta maklumat lanjut...tapi belum sempat surat dihantar wartawan bertugas yang bernama Faizal dah contact aku dulu...ish...cekap sungguh depa ni....Dia pun tanya kitorang "any comments?".....hasilnya maka keluarlah jawapan dalam BHarian hari ni sebagai penjelasan pihak LHDNM.....ngkorang bacalah sendiri BHarian, 23/12/2010 m.surat 14.....

Pesanan ikhlas kepada mana-mana pegawai yang buat kerja terkutuk tu...renti-rentikan la.....tak halal tau hasil yang ngkorang dapat tu....menyusahkan orang lain ada la....huhhhh!

Kepada sesapa yang ada maklumat tentang sindiket ni, tolong contact LHDNM dan laporkan. Kami akan pastikan siasatan terperinci dilakukan dan tindakan yang keras diambil terhadap pegawai yang melanggari etika kerja yang telah ditetapkan.

--------
Sindiket sogok pegawai bank
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail dan Alzahrin Alias
bhnews@bharian.com.my
2010/12/22
Kegiatan palsukan maklumat lulus pinjaman, kad kredit didalangi ‘orang dalam’

KUALA LUMPUR: Sindiket penipuan yang menggunakan nama individu untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit dipercayai menggunakan ‘orang dalam’ beberapa agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memalsukan dokumen bagi memastikan pinjaman mereka berjaya.

Mereka juga dikatakan menyogok pegawai bank sehingga 20 peratus daripada jumlah pinjaman bagi memastikan pinjaman diluluskan.

Berita lanjut dalam akhbar Berita Harian, 22.12.2010.
-----
ni plak jawapan aku...sib baiklah apa yang aku cakap kuar semua dan maksud sebenarnya tepat...kalo tak susah gak nak menjawab :)






hidup

hidup ini satu perjalanan yang panjang. tentukan hala tuju anda.
ia akan memberi kesan pada diri sendiri dan mereka di sekeliling

Wednesday, December 22, 2010

Tunai zakat, cukai dikurangkan

Sumber: http://www.utusan.com.my/

17 Disember 2010

TIDAK banyak negara di dunia yang memberikan kelonggaran kepada umat Islam dalam bab cukai. Di Malaysia, undang-undang negara ini menerusi Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, Seksyen 6A (3) memberikan keistimewaan kepada orang Islam.

Akta berkenaan menyatakan: "Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis".

Rebat secara umumnya bermakna, jumlah cukai yang dapat dikurangkan dengan pembayaran zakat. Semakin banyak berzakat, semakin sedikit cukai dibayar.

Jika amaun zakatnya menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumi akan hal ini. Maka, rebat akan diberikan oleh LHDN berdasarkan tarikh resit zakat yang dibayar di dalam tahun taksiran cukai pendapatan (tahun semasa).

Ini bermakna, jika seseorang itu membayar zakat pada tahun taksiran 2010, maknanya rebat akan diberikan pada tahun berkenaan sahaja.

Di samping itu, menurut ACP 1967, Seksyen 6A (3) di atas, tidak dinyatakan jumlah amaun tertentu atau batas amaun dalam rebat ke atas cukai. Ini bermakna, selagi mana pembayaran itu dibuat atas nama pembayaran yang wajib di sisi agama - dalam konteks ini ialah zakat - maka ia masih dikira sah untuk memperolehi rebat ke atas cukai berkenaan.

Walau bagaimanapun, timbul isu apabila seseorang memberikan zakat dalam amaun yang besar berbanding pendapatannya. Harus diingat, kadar zakat hanyalah dalam batas 2.5 peratus sahaja, maka seandainya seseorang itu memberikan jumlah zakat yang lebih besar, maka akan timbul pertanyaan di pihak LHDN, adakah sebenarnya pendapatan seseorang itu lebih besar berbanding apa yang diisytiharkan di dalam borang taksiran cukai (BE).

Maka, di sini pihak pembayar zakat sewajarnya bijak menggunakan keluwesan akta yang meletakkan 'bayaran wajib' bagi menunaikan lain-lain zakat dan tidak semestinya hanya terbatas kepada zakat pendapatan sahaja.

Mereka boleh misalnya menunaikan zakat emas, zakat saham, zakat wang simpanan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja hatta qada zakat terdahulu ke dalam bayaran zakat menerusi 'potongan zakat pendapatan' semasa.

Ini semua adalah bayaran wajib yang melayakkan mereka untuk memperolehi rebat ke atas cukai pendapatan mereka.

Setiap orang yang sudah menunaikan zakat, hendaklah menyimpan dengan baik dan selamat segala bukti pembayaran zakat, sama ada resit bayaran zakat fitrah mahu pun penyata zakat tahunan.

Ini adalah bukti yang wajib dikemukakan kepada pihak LHDN kelak, apabila diminta berbuat demikian. Kegagalan berbuat demikian boleh menimbulkan masalah, kerana deklarasi yang dibuat tidak dapat dibuktikan.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia hendaklah mengambil peluang yang terbuka ini seluas-luasnya bagi melunaskan zakat ke atas harta mereka. Pengalaman penulis sewaktu berkunjung ke negara jiran tidak berapa lama dahulu dan berkongsi informasi zakat ini, menyebabkan mereka amat teruja dengan kelebihan yang ada di negara kita.

Ini kerana, kemudahan seperti ini tiada di negara mereka, sehingga menyebabkan setiap orang Islam terpaksa melaksanakan kewajipan zakat dan selepas itu kewajipan cukai.

Insya-Allah, penulis akan berkongsi mengenai kelebihan membayar zakat menerusi kaedah potongan gaji pula pada siri yang akan datang. Semua ini adalah inovasi dalam dunia zakat, yang natijahnya bukan sekadar memudahkan urusan kita di dunia; bahkan memudahkan juga urusan kita di akhirat sana.

Firman Allah yang bermaksud: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu. (al-Baqarah: 185).



Tuesday, December 21, 2010

10 TIPS FOR EFFECTIVE PR - Siri 1

by Libby Fordham Communications - Small Biz 2007

 1. Be creative

- Get together with a group of friens and think of things which have grabbed your attention and put you in touch with a service or product. Brainstorm ideas, make a list and turn your ideas into a reality.

2. Figure out who you want to talk to

- Take this one seriously. Don't just say, "Hey i'm a plumber" and eventually everyone will need a plumber. Think about who usually makes the call to  your business or who buys your product? Are they male or female? How old are they? Where do they spend time? At the school ground? The local park? Do they read the local newspaper?

3. Decide what you want to say

- Think about what you want to say and develop 3 clear message about your business then stick to them.
- Test out your messages on other people, get feedback, take suggestions and be willing to see yourself as other people see you.

4. If you are not a good communicator, use someone who is

- Whether you are doing an interview or writing a brochure, if you can't string 2 words together then don't try. This is your image and reputation at stake. Get a colleague or a family member to write your information or hire a professional.

to be continued...

Monday, December 20, 2010

Before you complaint

Foto Ihsan : Google photo

There was a blind girl who hated herself because she was blind.
She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her.
She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her,'Now that you can see the world, will you marry me?'
The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left her in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'
This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift

Today before you say an unkind word -
Think of someone who can't speak.

Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.

Today before you complain about life -

Think of someone who went too early to heaven.
Before you complain about your children -
Think of someone who desires children but they're barren.


Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep -

Think of the people who are living in the streets.

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet.

And when you are tired and complain about your job -
Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.

But before you think of pointing the finger or condemning another -
Remember that not one of us is without sin and we all answer to one MAKER.

And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face
and thank GOD you're alive and still around.