Mmmm...diam tak diam, dah genap 15 tahun LHDNM di perbadankan. Kalau pompuan, dah taraf anak dara sunti dah...kalo lelaki plak gerenti dah 'mimpi'...huuhuhu
Daripada Jabatan kerajaan sepenuhnya ke Agensi Badan Berkanun....hari ni LHDNM menyambutnya dengan penuh bangga dan gembira....CEO namakan hari ini sebagai Hari HASiL...
So, mulai tahun ini Hari HASiL ini akan dijadikan acara rasmi tahunan...
Sempena sambutan hari ini, LHDNM akan tampil dengan wajah yang lebih segar berikutan penjenamaan semula beberapa komponennya seperti Bendera, Ikrar, Tali Leher, Baju Batik dan aksesori lain seperti klip Tali Leher dan Pin Hasil.
Kat bawah ni kitorang post skit gambaran antara identiti baru kitorang....
Gambaran Bendera Baru LHDNM |
2 jenis pilihan tali leher dan tuala poket untuk Pegawai lelaki |
Gambaran baju batik korporat - Biru |
Gambaran baju batik korporat - Jingga |
Klip tali leher |
Baju seragam Penghantar Notis |
Baju Staf Pembantu Am Rendah - Wanita |
Baju Pemandu |
Baju seragam Pembantu Am Rendah - Lelaki |