Search This Blog

Monday, February 28, 2011

KUTIP UTANG

Bertemu kembaliiiii....almaklumlah dah lebih 2 minggu kitorang tak apdet any post :)...

Ini pun aku tergerak nak apdet coz mmg aku rasa something interesting with belows picture :)....

Ujung minggu lepas aku gi joging sensorang...nak release tensen....tetiba mata aku terus terpaku kat satu iklan ni...punyalah berani diorang ni gantung iklan tu...dahlah takde permit PBT....apalah yg membuatkan diorang sebegitu berani agaknye ye..hehheheeh.....

Terpampang kat Iklan tuh....KUTIP HUTANG CARA HALUS !!!....dah tu nak yang hutang JUTA2 jer plak tuh...demand sungguh!!!....

Cara apa yg diorang nak guna ek?...ada main jin ker???.....ish...meremang bulu rome aku bila pikir bab jin nih.....Khurafat.....!!!

Tapi kan.....maybe JPH, LHDN boleh tanya kat tokeh kutip utang nih...boleh ker khidmat diorang digunakan untuk kutip Cukai Tertunggak daripada 'Jerung-jerung' yang liat bayar cukai nih...hahhahahahhahahhaha

Boleh ker??????...




Thursday, February 10, 2011

Kurang Ajar!!!!!!!!!!!


Sumber : Google photo


Semalam adalah antara hari yang paling tensen pernah aku rasai semenjak keje kat opis ni.....semua cam serba tak kena...keje yang senang jadi susah...tak semena-mena plak ramai org benci....aku pun tak tau kenapa..

Ibarat gurindam Melayu...semalam keje aku:

Umpama mengepal pasir sepanjang pantai,
Umpama nak menangkap belut dalam air,

Bagai membilang semut berjalan,
Bagai mencari jarum dalam rumput.


Sumer yang aku buat serba tak kena...
Bagi aku.....kalau patut ikut jalan pintas...kita ikutlah...janganlah bangang sangat nak jugak ikut jalan jauh yang ntah bila-bila nak sampai.....

pelik...memang pelik.....rupe-rupenyer masih ramai jugak lagi yang ada sikap cenggitu kat o'sasi aku ni.....
Entahlah...maybe itulah pilihan diorang....apa pun aku hormatlah cara diorang tu...cumanya, jangan sampai menyusahkan orang lain sudah....tambah plak kalau dah sepatutnya mereka bertanggungjawab sebagai pemudah cara....pemberi nasihat...pakar rujuk...dalam membantu kami-kami ni berhadapan dengan pelanggan.

Bila bercakap tentang pelanggan ni.....tiba-tiba terlintas kat pikiran aku...diorang ni faham tak agaknya perasaan kami-kami ni yang hari-hari mengadap bersemuka dengan pelanggan.....muka tebal...telinga bingit...mata pedih???.....mereka sedar tak yang kami ni...sebahagian daripada mereka? Kalau nak pelanggan faham dan maklumat sampai.....mereka sedar tak yang kami ni perlukan sokongan yang amat sangat daripada diorang? bukan setakat berikan sokongan....tetapi mestilah pantas dan peka dalam memberikan sokongan tu?....sedarkah mereka tentang semua tu????

Kalau tak sedar lagi...nah...aku harap mulai semalam diorang dah sedar.....tolonglah ubah cara kerja lama.....sudah masanya kita mendokong aspirasi baru....bak kata lagu...we will rock you!!! :).....

Kita tak akan mampu meng'rock' kan pelanggan kalau diri kita sendri belum bersedia untuk di 'rock' kan.....

Entahlah.....ada orang kata aku kurang ajar.....KURANG AJAR kah aku???...aku harap tidak.....tapi kalau itu pandangan diorang, aku terima seadanya...dan aku tidak marah...kerana persepsi itu tak akan pernah akan melemahkan semangat aku untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi aku dan lebih-lebih lagi pelanggan aku.

Tapi bila pikir-pikir balik....adakah kerana aku ni jenis yang 'open' dalam memberikan pandangan menyebabkan aku tidak disukai???...Arghhhh persetankan pikiran semacam itu....aku hanya makan gaji dan gaji aku dibayar untuk jalankan tugas sebegitu.....biarlah aku makan gaji yang diberkati.....aku taknak sampai satu tahap sebab terlalu nak menjaga hati manusia aku terpaksa gadaikan prinsip kerja aku.....that is not me..!!!
Jangan kita salah dalam meletakkan kepercayaan. Ibarat gurindam:

Ibarat....
Menyuruh kucing menjaga ikan,
Menyuruh harimau menjaga kambing,
Mengharapkan musang menjaga reban, dan
Harapkan perompak menjaga bank!!!.....

jangan...jangan...dan jangan begitu...

Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ia pahit untuk diterima.
Aku boleh terima pandangan dan kritikan orang lain....jadi bagi aku, orang lain harus pandai mula menerima kritikan ke atas diri mereka...
Bukan demi aku...tapi demi organisasi tempat kita cari rezeki ini...

Apa pun, aku minta maap kalau ada yang terasa walaupun aku tak nyatakan siapa di sini.
Aku hanya bersikap terbuka dengan berkongsi perasaan aku ini dengan orang lain.....

Samada nak terima atau tidak pandanganku ini....terpulangggggggg....

Sunday, February 6, 2011

Generasi Y di RTM

Haahaahaaa....





Setelah beberapa kali tertangguh siaran, akhirnya semalam secara rasmi rakaman Program Gen. Y kat RTM berjaya disiarkan.

Tiada makluman awal daripada Penerbit ttg siarannya ni, jadi aku tak sempat nak mintak Cek Man rakam kat opis.

Tapi takpe....nanti aku mintak salinan DVD nye daripada RTM :)...

Anyway, TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PIHAK RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) ATAS SOKONGAN YANG DIBERI DALAM MENERBITKAN PROGRAM INI BERSAMA LHDNM...

Semoga kerjasama baik ini berterusan demi BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA :)...

Generasi Y di RTM

Haahaahaaa....





Setelah beberapa kali tertangguh siaran, akhirnya semalam secara rasmi rakaman Program Gen. Y kat RTM berjaya disiarkan.

Tiada makluman awal daripada Penerbit ttg siarannya ni, jadi aku tak sempat nak mintak Cek Man rakam kat opis.

Tapi takpe....nanti aku mintak salinan DVD nye daripada RTM :)...

Anyway, TERIMA KASIH BANYAK KEPADA PIHAK RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) ATAS SOKONGAN YANG DIBERI DALAM MENERBITKAN PROGRAM INI BERSAMA LHDNM...

Semoga kerjasama baik ini berterusan demi BERSAMA MEMBANGUNKAN NEGARA :)...

Wednesday, February 2, 2011

Sidang Media Khas Isu PCB

Halloooo.....

Rasanye lama dah tak nulih blog ni....maklumlah sekarang ni musim ujan/banjir..jadik aku pun jadik lembab...cam cuaca gak..:)

Hari ni barulah rasa ringan nak apdet blog ni....tambah plak ada benda baru yang nak diapdetkan...

Sejak kebelakangan ni banyak plak pertanyaan/maklumbalas/aduan yang kitorang terima daripada rakyat Malaysia tentang isu PCB...yang paling byk bertanya kat kitorang apsal PCB diorang tinggi....berbanding sebelum2 ni.... Jawapan aku senang jer...iye la, dah gaji pun tinggi...PCB pun kena la tinggi...gaji nak baik setiap tahun, tapi PCB x nak naik....apa barang???? haaaaahahaha...

Tapi kan, kalaulah itu jawapan aku kat pembayar cukai yang bertanya, mau lebam mata aku sbelah...hahahhaha...berani-beraninyer cakap cenggitu!!!...huuhuhuhuuhu...

So, Bos aku pun cadangkan yang kito buat Press Conference (PC) jer...kebetulan plak kitorang ada CEO baru...inilah masanya nak tonjolkan dia....atas keputusan yang dibuat kitorang pun mulakan gerak kerja dalam tempoh kurang 24 jam hari bekerja (iyela...Selasa x kira coz KL Cuti Hari Wilayah)...

Aku pun berilah arahan kepada En. Ijoi buat jemputan Press...pastuh pikir apa talking points Dato'....
Nasib baik dapat full cooperation from the JPH peoples...fuhhh lega....dekat kul 9 malam gak aku balik umah Hari Senin tu....

Tapi blom abis setakat tuh....Selasa tu walaupun cuti aku dtg gak opis...nak edit Isu-isu dan Penjelasan PCB plak....sampai kul 4 aku kat opis...siap semua benda terus aku fwd kat Dato' Shukor utk dia study skit apa yg nak dicakapkan semasa PC nanti.

Hasilnya, hari ni aku kategorikan yang PC kitorang berjaya walaupun planned last minute. Bertalu-talu soalan daripada wartawan....sampaikan En. Sait, TKP (OP) yang baru sehari pegang jawatan tu pun terpaksa beri penjelasan jugak kepada reporters.... :)...

Apa pun kita tunggu jer la hasilnya liputannya esok....apa lah agaknya yang reporters akan tulis...harap2 dapat membantu kita memberikan penjelasan sewajarnya kepada Pembayar Cukai dan Majikan :).

Ok la...aku tampal bbrp keping gambar bawah ni utk ngkorang tatap....ahakssss