Search This Blog

Monday, November 29, 2010

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Kedah dan Perlis


SURAH AL-MU'MINUN[23.18] Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.


Sesungguhnya banjir di utara tanah air itu adalah ujian Allah jua kepada umatnya, maka kita mestilah tabah dan menerimanya dengan redha.


SURAH HUD[11.44] Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu.

Misi Kemanusiaan ini tercetus di atas rasa keprihatinan seluruh warga di tempat aku bekerja untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka yang sengsara akibat banjir besar di kawasan utara. Misi ini juga adalah tanggungjawab sosial dan dijayakan dengan kolaborasi PERKIS, PUSPANITA dan Majlis Sukan dan Kebajikan Hasil Dalam Negeri.

Jabatan Khidmat Korporat yang menjadi tonggak projek kerana dipertanggungjawabkan mengendalikan projek CSR bagi pihak LHDNM telah berjaya mengutip sejumlah RM 29,800 wang tunai dari warga hasil seluruh Malaysia dan sumbangan dari PUSPANITA. 
PERKIS yang di tugaskan menyediakan barang makanan seperti beras, gula, minyak masak, kopi dan teh serta makanan dalam tin seperti susu dan kari daging kambing (sumbangan dari Muslim Aid Malaysia - 24 karton) berjaya memperolehi barang-barang bernilai RM 3,000.

PUSPANITA pula telah berjaya mengumpulkan 60 kotak pakaian baru dan terpakai termasuk tuala, selimut, kain telekung dan kain pelikat untuk diagih-agihkan kepada semua mangsa banjir. Kelab sukan pula bertugas mengetuai misi gotong-royong dan pembersihan di kawasan yang teruk terjejas.

Tanggal 25 November sebuah lori "Black Maria" yang sarat muatan barang-barang bergerak dari kl menuju ke Alor Setar pukul 4 pagi manakala rombongan misi yang terdiri dari 18 orang Pegawai bertolak di dalam sebuah bas pukul 7.30 pagi.

Rombongan telah dimulai dengan bacaan doa oleh En. Dzulkarnain memohon kesejahteraan perjalanan serta kejayaan program. Kami tiba di LHDNM Cawangan Alor Setar lebih kurang pukul 3.00 petang dan setelah menjalankan mesyuarat dengan pihak cawangan, acara pembahagian sumbangan kepada pegawai dan staf dimulakan pada pukul 4 petang. Ramai gak wartawan hadir pada petang tu. Ada Bernama,RTM, TV3, Astro Awani, Utusan Malaysia dan tidak ketinggalan wartawan akhbar cina dan lain-lain. Agihan sumbangan wang tunai kepada 32 staf mengikut kerugian dialami.

Lepas itu kami terus bergegas pula kepada Maahad Tarbiah Islamiyah di Kampung Tengah, Dehrang, dalam Daerah Pokok Sena yang ditenggelami air lebih 10 kaki dengan kerugian yang amat besar. Kecil sangat rasanya sumbangan yang dapat kami hulurkan tetapi pihak maahad dan mangsa seramai 73 orang menerima kunjungan kami dan bantuan dengan tangan terbuka.

Misi di sini dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan yasin dan doa selamat dan kemudian diteruskan dengan acara penyampaian sumbangan. Sebaik sahaja selesai, kami solat isyak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Menu malam tu, MasyaAllah...sedap bangat :)....Nasi Beriani dengan kari Kambing...ada dalca...ada daging masak hitam, ada ayam masak merah...ada acar mentah dan buah tembikai. Alhamdulillah...lebih satu kali kami bertambah... :)....kenyangnya sampai ke pagi... :)

Aku cukup tersentuh dengan ucapan pengetua Maahad yang juga merupakan imam Surau di Maahad tersebut. Antara isi ucapannya pada malam tersebut "Alhamdullillah, siapa sangka bila kita rasa kita telah kehilangan segala-galanya, sebenarnya kita tidak rugi apa-apa. Allah memberi ganti dengan yang lebih baik. malam ini kita bersyukur dapat menikmati hidangan yang cukup mewah, kari kambing, ayam masak merah,  daging masak kicap dan dalca." dan mereka cukup menikmati juadah yang dihidangkan.

Pada keesokan harinya kami bertolak pula ke Kangar. Bantuan diberikan kepada 25 mangsa banjir dari Kampung "Desa Permai Tok Kuning, Kayang di samping 35 pegawai dan staf yang terlibat yang diadakan di Pejabat cawangan di Kangar. Mangsa banjir dibawa khas ke pejabat untuk menerima sumbangan dan pakaian di berikan kepada ketua kampung untuk di buat agihan.

 


sumbangan wang tunai diberikan mengikut kerugian yang dialami oleh staf


bas sampai sebelum azan maghrib



solat bersama penduduk kampung




barang makanan yang terdiri dari beras, gula, minyak masak,
sadin dan daging dalam tin teh dan kopi.




bacaan yasin dan doa selamat


sesungguhnya doa orang yang dalam kesusahan dimakhbulkan Allah, insyAllah

doa semoga diselamatkan dari maha bahaya

sumbangan kepada maahad tarbiah islamiyah untuk peralatan yang telah rosak



sumbangan wang tunai dan barang makanan




anak-anak mangsa banjir yang turut hadir


penyediaan makan malam



sedapnya makanan ni, pak cik! tengok licin.




kaum ibu menikmati jamuan




mangsa banjir dari Kg. Desa Permai tok Kuning, Perlis




penerima sumbangan wang tunai dan barang keperluan




berat ni, bebaik pak cik!




mangsa banjir diraikan dengan jamuan makan tengahari





Walaupun penat terasa, tetapi di dalam perjalanan pulang, kepuasan yang dirasai oleh setiap orang yang telah terlibat tidak dapat dicoretkan dengan ucapan dan kata-kata.

Aku sangat bersyukur kepada Allah yang maha berkuasa, telah memudahkan kerja amal kami kali ini dan berasa rendah diri kerana dapat mengendalikan projek ini bersama-sama team aku yang cukup komited dan gabungan bistari dari Persatuan Islam, PUSPANITA dan Kelab Sukan, dari peringkat ibupejabat dan pihak cawangan kepada saudara kita yang mengalami kesusahan dan penderitaan. semoga dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan dapat meringan beban yang mereka tanggung, insyAllah!

 

MISI KEMANUSIAAN - PENGAGIHAN

Proses pengagihan yang dilakukan oleh Cawangan Alor Setar.

black maria tiba pagi hari

proses pemunggahan

beras

minyak masak

gula

teh

susu

sumbangan dari Muslim Aid Malaysia

kopi

masuk dalam beg dan diikat rapi
Terima kasih diucapkan kepada Cawangan Alor Setar yang membuat agihan.

Sunday, November 28, 2010

Persediaan untuk Projek CSR Banjir Kedah/Perlis - Part 2

Sambil kengkawan lain menampal brand HASiL kat beg sumbangan, AJK lain dari Perkis, Puspanita dan JKK sebok loading barang kat dalam black maria....sampai berair ketiak dorang mengangkut barang :).....hampir 60 kotak pakaian gak Puspanita berjaya kumpul....mostly masih elok lagi..siap yang dah diseterika dan dibungkus kemas...macam baru beli jer....macam tulah kalau nak menderma, kita bagi yang terbaik...bukannya yang dah koyak rabak :)...ala-ala nak buat 5S kat rumah, longgokkan kat kotak sumbangan....kurang asam keping tulllll :(....

Perkis pulak berjaya kumpul barangan keperluan harian dianggarkan bernilai lebih RM3,000....wowww!!!!!! kejayaan yang sangat membanggakan...Warga HASiL ni mmg terbukti pemurah :)....
JKK handle kutipan dan penyelarasan program....Alhamdulillah...dapat kumpul lebih RM28K in cash...termasuk RM1,800 daripada Puspanita sendiri...terima kasih YBhg. Datin Rohani dan puspanita :)....Terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua WArga HASiL yang sudi menyumbang dan berkongsi kesusahan dengan mangsa-mangsa banjir Kedah/Perlis yang terjejas...budi baik kalian sangat kami hargai....semoga keikhlasan kita membantu mendapat ganjaran baik oleh Allah SWT... kat bawah ni ada lagi gambar2 persediaan kitorang sebelum berangkat ke Kedah/Perlis tempohari.... :)

Kengkawan dari PERKIS sebok memunggah barangan keperluan harian untuk di loading dalam lori....

 Eh Chook, Mr. Lee, Amri dan Abg Driver kita plak sebok punggah masuk barang dalam lori....



Eh Chook menunjukkan isyarat BAGUSSS sambil mengembangkan idungnye...huhuuhuh
 Lagi pakaian yang berjaya dikutip oleh Puspanita.....

 Adussss beratnye bangg oiii.....copek skit sambut haaa..tak larat den dah ni...hohohohoh

Antara orang kuat Puspanita untuk projek ni yang hadir petang tu...sorang lagi ado dalam dewan sodang memantau kojo-kojo pemunggahan...:)


Eh Chook menjalankan fungsi PR nye sebaik sahaja operasi memunggah dan menyusun barang dalam lori selosai..jap lagi sebolum Subuh lori nak kono gorak ko Aloq Staq.....so..AJK kat sane be readyyyy....

ALOQ STAQ & KANGAQ....HERE WE COMEEEEEEEEE........


Friday, November 26, 2010

Berita TV1 - Bantuan kemanusiaan mangsa banjir Kedah dan Perlis

MURTINI MOKSHEN

SEDIKIT LATAR BELAKANG KEMALANGAN YANG MENIMPA PUAN MURTINI BINTI MOKSHEN, PEGAWAI SAMBILAN LHDNM CAWANGAN BINTULU

Benar kata orang “ Kemalangan Tidak Berbau”, kalau ia berbau sudah pasti kita semua mampu mengelakkannya. Namun semua perjalanan hidup kita telah disuratkan dan ditakdirkan begitu dan begini. Tiada siapa mampu melawan Takdir, namun kita tidak hanya akan menyerah pada Takdir semata-mata. Inilah yang terjadi pada rakan kita iaitu Pn Murtini Binti Mokshen.
Pn Murtini Binti Mokshen mula berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) Sambilan Gred 11 pada 16 Julai 2007 hingga 31 Disember 2009 dan Beliau dipanggil semula untuk berkhidmat pada 01 Jun 2010.

Pada  29 September 2010 (Rabu) siapa sangka dan menduga apa yang akan berlaku dihadapan kita,  beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan turun ke pejabat sekitar jam 6.00 pagi, di KM 7 Jalan Bintulu-Miri, kereta Kenari yang beliau pandu telah bertembung dengan sebuah kereta Avanza dari arah yang bertentangan. Berita kemalangan beliau mula diketahui, apabila rakan sepejabat menelefon telefon bimbitnya, akan tetapi yang menyahut adalah jururawat yang bertugas. Jururawat memaklumkan bahawa Pn Murtini Bt Mokshen terlibat dengan sebuah kemalangan dan sedang berada di Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kesan daripada hantukan terlau kuat di kepala , menyebabkan beliau koma  dan ditempatkan di wad ICU. Doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku di kepala beliau dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tersebut. Sebelum pembedahan beliau mula sedar dan  menjalani rawatan susulan dan ,beliau di benarkan untuk pulang ke rumah pada 10/10/2010.  Namun apa yang beliau dan keluarga harapkan agar beliau sembuh tidak kesampaian. Walaubagaimanapun beliau didapati tidak sedarkan diri oleh si suami pada  Keesokan pagi, dan segera dikejarkan ke Hospital Bintulu.

11 Oktober 2010(Isnin), adalah sejarah pahit bermula dalam hidup beliau,  beliau  menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku tersebut. Dalam waktu tidak sedarkan diri selepas pembedahan, sungguh terharu dan menyentuh hati melihat keadaan beliau sebegitu. Berat mata kita memandang berat lagi beban yang beliau pikul. Seminggu beliau dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan disokong dengan bantuan pernafasan

Sebelum Doktor mengesahkan beliau boleh keluar daripada hospital, satu lagi hakikat yang beliau kena hadapi apabila beliau disahkan hilang penglihatan akibat  pembedahan di kepala. Doktor mengesahkan bahawa harapan untuk melihat semula adalah tipis. Hati siapa tak retak bila menerima khabar sedemikian, sudah jatuh di timpa tangga pulak. 



KESAN DARIPADA PEMBEDAHAN DI KEPALA MENYEBABKAN BELIAU HILANG PENGLIHATAN.

Kepada saudara dan saudari sekalian, sama-samalah kita hulurkan bantuan dan sumbangan yang ikhlas kepada Pn Murtini Binti Mokshen bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan terus ke  Pn Murtini Bt Mokshen :-,

CIMB Bank    :    Akaun Nombor 1111-0023086-52-8 
atau melalui :-,

Pengarah 
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Bintulu
Wisma Destiny, Parkcity Comm Square
Jalan Tun Ahmad Zaidi
97000 Bintulu
Sarawak

Thursday, November 25, 2010

Persediaan untuk Projek CSR Banjir Kedah/Perlis - Part 1

Ari nie kitorang team CSR dari LHDNM akan gerak ke Kedah dan Perlis. Ada 3 occasion kat sana nanti. Memula kitorang akan ke opis di Alor Setar utk sampaikan bantuan kepada 32 orang mangsa banjir di kalangan staf Hasil sendiri. Pastuh dijadualkan kitorang akan ke satu Madrasah kat Kg Tengah Dehrang, Pokok Sena utk sampaikan bantuan. Khabarnya Madrasah dan Kg ni teruk tenggelam tempohari. Kat sini kitorang akan buat doa selamat sikit bersama penduduk Kg. Pada Jumaat plak kitorang akan ke Kangar Perlis utk sampaikan bantuan kepada Staf dan orang awam yg terjejas dgn banjir tempohari. Doakan kitorang selamat ye... :)....ni aku postkan skit gambar persediaan kitorang...masa ni kitorang tgh sebok tampal brand HASiL kat beg bantuan yg akan diberikan kepada penerima sumbangan.....

Amboiiii....senyum simpulll nampak!!!!!!!



Haaa...ni  le Brand HASiL kitorang... grand tak???? hhuuhuuh



Eh..eh...cam tukar-tukar hantaran plak.....yang Nana pun malu-malu jer terima daripada Ijoi...huuhuhuh


Ambik kauuuu...sampai bersila kat ateh lantai lagi...si Harezz tu dok ninjau aper???... salah pandang tuh...huhuuh



Lagi ada yg duk bersila...komited la katakan.... :)

Wednesday, November 24, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 4

FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM
Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB


1.Mengukur, menilai dan menginterpretasikan sikap pelbagai publik yang berkenaan (Peringkat mengumpul maklumat daripada publik yang boleh mempengaruhi kedudukan).


2.Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif untuk kefahaman dan penerimaan publik terhadap barangan, rancangan, polisi dan tenaga pekerja.

3.Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan dan matlamat pelbagai publik yang berkenaan (peringkat membuat perancangan).

4.Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik. (Kenyataan akhbar, sidang akhbar, iklan, promosi, pameran, rumah terbuka, derma, CSR atau apa saja kegiatan lain yang boleh mendatangkan imej yang baik.

PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM YANG BAIK DALAM ORGANISASI

1. Memahami alam politik organisasi.
2. Mempelajari dan memahami sistem komunikasi tidak formal.
3. Mencari pengalaman untuk meningkatkan kemahiran.
4. Mencari rakan sumber idea dan kerja.
5. Menyesuaikan matlamat diri dengan organisasi.
6. Belajar berkomunikasi dengan baik.
7. Hindarkan berkomplot merancang menentang.
8. Berkawan seramai yang perlu.
9. Peka dengan isu semasa.
10.Hindarkan penggunaan pertalian anda untuk menentang ketua.
11.Maklumkan kepada ketua segala aktiviti yang berkaitan dengannya.
12.Berguna kepada mereka yang berkenaan.
13.Mendengar dengan baik.
SIFAT PERIBADI SEORANG PERHUBUNGAN AWAM

1. Fasih bertutur/berpidato.
2. Menjadi pendengar yang setia.
3. Pemerhati yang sepi - cuba teliti keadaan dan persekitaran. Kurangkan tabiat mengkritik yang negatif.
4. Cepat mempelajari.
5. Pandai menyesuaikan diri.
6. Mempunyai daya ingatan yang kuat.
7. Boleh memahami hati manusia.
8. Sabar.
9. Berani.
10.Jujur.
11.Amanah.
12.Berdisiplin.
13.Penulis yang baik.
14.Peka kepada perubahan.
15.Boleh menghasilkan idea-idea baru.
16.Tenang dan cekap bertindak pada waktu kecemasan.
17.Berdiplomasi.
18.Cekap menjalankan tugas.
19.Matang pemikiran.
20.Keunggulan peribadi.

Kefahaman terhadap prinsip-prinsip Perhubungan Awam menjadi asas dalam menjalinkan hubungan yang baik antara satu pihak dengan pihak yang lain. Perhubungan Awam yang berkesan akan dapat menonjolkan imej sesebuah organisasi. Layanan baik kepada publik yang memerlukan pertolongan dan perkhidmatan dengan memberi maklumat yang tepat dan secara terus- menerus kepada mereka yang berkepentingan akan dapat mengekalkan suasana harmoni dan silaturahim antara organisasi dengan publiknya.

To be continued...

Tuesday, November 23, 2010

CSR Titian Kasih

Syukurnya kami kerana dapat lagi membuat aktiviti CSR di rumah Titian Kasih.




Sebahagian penghuni rumah Titian Kasih




Saat-saat sebelum Amy patah pinggang (slip disc) semasa angkat meja ni dengan Helmi..sejurus lepas ni je si Amy takleh berjalan, kami kejar dia ke hospital Pusrawi, moga segera sembuh Amy