Search This Blog

Wednesday, December 8, 2010

Tentang PERHUBUNGAN AWAM (PR) - Siri 6 (Akhir)

Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB



ETIKA BERPAKAIAN

Pengenalan

Berpakaian sesuai dengan sesuatu majlis dan mengikut keadaan tempat merupakan amalan kehidupan kita seharian. Sekiranya kita berpakaian tidak sesuai mengikut majlis, kita akan berasa janggal dan menjadi tumpuan orang
lain. Walau bagaimanapun, ia juga mengikut cita rasa seseorang.

Penyesuaian baju bagi lelaki

 
Tidak sesuai berbaju lengan pendek jika bertali leher kecuali memakai lounge suit. Sematkan semua butang jika bertali leher (kecuali butang kolar). Biasanya tali leher/tie akan disesuaikan dengan baju:

Baju
Tali leher/tie

stripe
Plain
plain
stripe
cerah
gelap
gelap
cerah
cerah
terang

Penyesuaian seluar


Baju
Seluar
Cerah
Gelap
Gelap
Cerah
Plain
Plain
Plain
Stripe
Stripe
Plain


Tiga jenis seluar

1. Slack
- Ready made (beli terus dikedai).

2. Trousers
- Tempah di kedai.

3. Pantaloon  
- Seluar berlipat dibawah.

Penyesuaian tali leher/tie

1.   Pakai tali leher hanya dengan baju lengan panjang.
2.   Bahagian hujung tali leher mestilah kena hujung kepala tali pinggang.
3.   Sekiranya menggunakan lounge suit, tie pin hendaklah ditengah kocek.
4.   Sekiranya tidak menggunakan launge suit,tie pin hendaklah di
bahagian bawah kocek.
5.   Tie batik hanya sesuai dengan pakaian berfesyen.

Penyesuaian lounge suit

1.   Gunakan kain kapas berwarna lembut untuk waktu siang.
2.   Gunakan kain kapas berwarna gelap untuk waktu malam dan acara
rasmi.
3.   Gunakan baju tanpa corak.
4.   Gunakan tie pin selari dengan tengah kocek.
5.   Seluar tidak bell bottom.
Penyesuaian stoking

1.   Gunakan warna yang sesuai dengan seluar.
2.   Warna putih jenis kapas hanya sesuai untuk bersukan.
3.   Elakkan stoking yang berbelang/bercorak.

Penyesuaian pewangi

1.   Gunakan cologne atau deodoran yang lembut.
2.   Jika abergaul dengan orang ramai sapukan cologne di kedua-dua belah
bahu.
3.   Gunakan pewangi yang sesuai iaitu siang haruman lembut, manakala malam haruman yang juga lembut atau sedikit kuat (apa pun terpulang kepada keselesaan pemakai).


Penyesuaian fizikal

1.   Rambut bersisir rapi.
2.   Misai dan janggut dijaga rapi.


Penyesuaian pakaian wanita


Nampak sopan suit ni...lagi pun sesuai juga dikenakan oleh wanita bertudung :)

1. Elakkan kain berkilau/berkilat di siang hari.
2. Elakkan menggunakan satu warna sahaja.
3. Tidak lebih daripada empat warna pada satu masa.
4. Pilihan warna kain berasaskan kepasa warna kulit dan bentuk badan.
5. Gunakan stripe yang sesuai:

1.1        Stripe menegak untuk orang yang berbadan gempal/berisi.
1.2        Stripe melintang untuk orang yang kurus.

6. Jangan terikut-ikut fesyen (jangan jadi hamba fesyen….).
7. Gunakan kain jenis nipis, lembut dan serap.

Penyesuaian alat solek wanita

1.   Biasanya menggunakan alat solek yang sederhana.
2.   Gunakan bedak yang tidak mempunyai bau yang kuat dan gunakan
perfume diwaktu malam dan eau de toilette untuk waktu siang.
3.   Gunakan barang kemas yang sederhana.


Penyesuaian fizikal wanita

1.   Rambut hendaklah sentiasa tersisir rapi.
2.   Semua bahagian rambut tertutup diikat kemas jika memakai tudung.
3.   Jika memakai mini telekung, warna tudung bertentangan dengan warna baju.
4.   Gunakan sarung kaki warna kulit.

No comments:

Post a Comment