Search This Blog

Thursday, February 10, 2011

Kurang Ajar!!!!!!!!!!!


Sumber : Google photo


Semalam adalah antara hari yang paling tensen pernah aku rasai semenjak keje kat opis ni.....semua cam serba tak kena...keje yang senang jadi susah...tak semena-mena plak ramai org benci....aku pun tak tau kenapa..

Ibarat gurindam Melayu...semalam keje aku:

Umpama mengepal pasir sepanjang pantai,
Umpama nak menangkap belut dalam air,

Bagai membilang semut berjalan,
Bagai mencari jarum dalam rumput.


Sumer yang aku buat serba tak kena...
Bagi aku.....kalau patut ikut jalan pintas...kita ikutlah...janganlah bangang sangat nak jugak ikut jalan jauh yang ntah bila-bila nak sampai.....

pelik...memang pelik.....rupe-rupenyer masih ramai jugak lagi yang ada sikap cenggitu kat o'sasi aku ni.....
Entahlah...maybe itulah pilihan diorang....apa pun aku hormatlah cara diorang tu...cumanya, jangan sampai menyusahkan orang lain sudah....tambah plak kalau dah sepatutnya mereka bertanggungjawab sebagai pemudah cara....pemberi nasihat...pakar rujuk...dalam membantu kami-kami ni berhadapan dengan pelanggan.

Bila bercakap tentang pelanggan ni.....tiba-tiba terlintas kat pikiran aku...diorang ni faham tak agaknya perasaan kami-kami ni yang hari-hari mengadap bersemuka dengan pelanggan.....muka tebal...telinga bingit...mata pedih???.....mereka sedar tak yang kami ni...sebahagian daripada mereka? Kalau nak pelanggan faham dan maklumat sampai.....mereka sedar tak yang kami ni perlukan sokongan yang amat sangat daripada diorang? bukan setakat berikan sokongan....tetapi mestilah pantas dan peka dalam memberikan sokongan tu?....sedarkah mereka tentang semua tu????

Kalau tak sedar lagi...nah...aku harap mulai semalam diorang dah sedar.....tolonglah ubah cara kerja lama.....sudah masanya kita mendokong aspirasi baru....bak kata lagu...we will rock you!!! :).....

Kita tak akan mampu meng'rock' kan pelanggan kalau diri kita sendri belum bersedia untuk di 'rock' kan.....

Entahlah.....ada orang kata aku kurang ajar.....KURANG AJAR kah aku???...aku harap tidak.....tapi kalau itu pandangan diorang, aku terima seadanya...dan aku tidak marah...kerana persepsi itu tak akan pernah akan melemahkan semangat aku untuk memberikan yang terbaik kepada organisasi aku dan lebih-lebih lagi pelanggan aku.

Tapi bila pikir-pikir balik....adakah kerana aku ni jenis yang 'open' dalam memberikan pandangan menyebabkan aku tidak disukai???...Arghhhh persetankan pikiran semacam itu....aku hanya makan gaji dan gaji aku dibayar untuk jalankan tugas sebegitu.....biarlah aku makan gaji yang diberkati.....aku taknak sampai satu tahap sebab terlalu nak menjaga hati manusia aku terpaksa gadaikan prinsip kerja aku.....that is not me..!!!
Jangan kita salah dalam meletakkan kepercayaan. Ibarat gurindam:

Ibarat....
Menyuruh kucing menjaga ikan,
Menyuruh harimau menjaga kambing,
Mengharapkan musang menjaga reban, dan
Harapkan perompak menjaga bank!!!.....

jangan...jangan...dan jangan begitu...

Katakanlah sesuatu yang benar walaupun ia pahit untuk diterima.
Aku boleh terima pandangan dan kritikan orang lain....jadi bagi aku, orang lain harus pandai mula menerima kritikan ke atas diri mereka...
Bukan demi aku...tapi demi organisasi tempat kita cari rezeki ini...

Apa pun, aku minta maap kalau ada yang terasa walaupun aku tak nyatakan siapa di sini.
Aku hanya bersikap terbuka dengan berkongsi perasaan aku ini dengan orang lain.....

Samada nak terima atau tidak pandanganku ini....terpulangggggggg....

3 comments:

  1. saba oke?..
    kita serupaaaaa...
    [nway luahan ne lagik chanteq kalo ltak dalam personal blog..boleh komen lebih2 cket..juz my 2 cents..huhuhu..]

    ReplyDelete
  2. Biase arr, bile kita duduk kt atas... jarang skali nk pandang bawah... Sbb tu la, kalau kerja kna la kerja betul2. Bukn ikut org jd x betul... kalau nak berubah kna la betul2... jgn ckp mcm org politik! ingt... kita org kerajaan. kerajaan milik org awam... kita juga org awam... so, kita ada hak dlm menyuarakan pendapt atau pun sesuatu pndangan...
    Kadang kala orang bijak pandai pon bodoh jugak~ So...adakah orang yang bodoh tu x pandai? ermmm...

    ReplyDelete
  3. Thanx a lot kat ngkorang.coz bg semangat kat aku....ramai tul yg serupe nasibnyer cam aku yer....huhuhhuhuh

    ReplyDelete