Alamak....esok dah nak mula bengkel e-Lejar dan EFT bersama Wartawan/Media...tapi banyak benda nak kena folo-up lagi.....adusssss.....nak tak nak aku kene ke opis gak ari ni....manalah tau kot2 ada fax masuk ttg tambahan peserta ke.....so dengan hati berbelah bagi aku gagahkan juge ke opis.....
sampai2 ke opis aku tgk mentor aku pun ada....kak C.C dan Kak Syaz pun ada....terus aku semangat nak wat kejer.... :)....Alhamdulillah berkat aku dtg opis hari ni, ada berjaya menambahkan bilangan peserta bengkel esok.... :).
anyway, ngkorang musti tertanya2kan?...apa mende e-lejar yang aku merepek ni?....so utk memastikan pertanyaan ngkorang tu terjawab kat sini aku tempelkan sikit ttg maklumat e-lejar tu.....lepas ni ngkorang boleh mula guna servis ni sebab ia memang akan memudahkan urusan percukaian ngkorang......ok adiosss buat masa ni....balik dari Bengkel nanti aku apdet gambar plak :)....

Penerangan ringkas berkenaan aplikasi e-Lejar di LHDNM.
· Aplikasi ini dinamakan sebagai e-Lejar, iaitu satu lejar elektronik pembayar cukai, yang dibangunkan di bawah projek Sistem Perakaunan Hasil Elektronik LHDNM (eRAS).
· Melalui e-Lejar, pembayar cukai dapat menyemak sendiri:–
1. Butiran peribadi yang dikemaskini dalam rekod LHDNM;
2. Transaksi percukaian yang dikemaskini dalam akaun cukai;
3. Baki terkini akaun cukai.
· Melalui perkhidmatan ini, pembayar cukai yang mempunyai PKI (seperti yang digunakan untuk e-Filing) akan dapat melihat lejar masing-masing secara atas talian. Untuk mengakses kepada e-Lejar, pembayar cukai perlu memasukkan –
ü no kad pengenalan (MyID) dan
ü katalaluan (sama seperti yang digunakan untuk e-Filing).
· e-Lejar memaparkan Lejar Cukai Pendaptan dan juga Cukai Keuntungan Harta Tanah (jika ada) untuk tempoh 2 tahun. Bagi tahun ini, ia mempaparkan transaksi tahun 2009 (akaun tahun sebelum) dan tahun 2010 (akaun tahun semasa).
· Paparan Lejar Cukai Pendapatan bagi setiap pembayar cukai akan ditunjukkan dalam dua (2) bahagian lejar, iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 –
ü Akaun 1 adalah Akaun Cukai pada tahun semasa. Ia terdiri daripada butir-butir berikut:
~ Maklumat mengenai baki cukai dibawa kehadapan (jika ada)
~ Item debit meliputi transaksi yang meningkatkan liabiliti cukai seperti taksiran disifatkan, taksiran formal atau tambahan, penalti atau sebagainya
~ Item kredit meliputi transaksi yang mengurangkan liabilit cukai seperti bayaran cukai, bayaran ansuran bagi cukai yang telah ditaksir, taksiran kurangan dan pindahan dari akaun 2 bagi kes taksiran tahun semasa yang telah disifatkan atau taksiran formal.
ü Akaun 2 adalah Akaun Bayaran Ansuran Cukai pada tahun semasa. Ia terdiri daripada butir-butir berikut:
~ Maklumat mengenai baki dibawa kehadapan (jika ada)
~ Item kredit menunjukkan bayaran ansuran yang telah dibayar oleh pembayar cukai melalui Potongan Cukai Bulanan (PCB), CP204 dan CP500 serta apa-apa pendahuluan-pendahuluan lain.
~ Item debit menunjukkan apa-apa pelarasan dan amaun yang dipindahkan kepada akaun 1 selepas taksiran dibangkitkan.
· Baki dalam Akaun 1 (Lejar Cukai Pendapatan) menunjukkan baki cukai semasa pembayar cukai. Sekiranya Akaun 1 berbaki debit, ini menunjukkan bahawa jumlah liabiliti cukai adalah lebih besar daripada jumlah bayaran cukai. Ini bermakna, pembayar cukai mempunyai amaun tertunggak yang perlu dijelaskan. Pembayar cukai adalah dinasihati supaya berurusan dengan cawangan LHDNM bagi menjelaskan jumlah berkenaan. Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk mana-mana skim bayaran ansuran cukai yang telah diluluskan oleh LHDNM tetapi bayaran masih belum dibuat oleh pembayar cukai.
· Sekiranya Akaun 1 berbaki kredit, ini menunjukkan bahawa jumlah bayaran cukai adalah lebih besar daripada jumlah liabiliti cukai. Bagaimanapun, baki ini masih tertakluk kepada apa-apa tambahan taksiran yang masih belum disifatkan atau dibangkitkan. Sekiranya tiada apa-apa tambahan taksiran cukai, ini bermakna, pembayar cukai adalah layak untuk mendapat pembayaran balik cukai. Kelayakan pembayaran balik cukai ini perlu disahkan oleh LHDNM dengan mengambil kira beberapa pertimbangan teknikal yang lain.
· Baki dalam Akaun 2 menunjukkan baki bayaran ansuran cukai dimana bayaran berkenaan masih tidak boleh digunakan kerana taksiran bagi bayaran berkenaan masih belum ‘disifatkan’ atau dikemaskini dalam lejar.
· Bayaran ansuran dalam Akaun 2 terdiri daripada berikut:-
1. Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi individu;
2. Bayaran Ansuran Cukai Syarikat/ Perniagaan (CP204/CP500); dan
3. Bayaran Ansuran Komposit / Cukai Kebelakangan.
· Jumlah bayaran ansuran mengikut tahun taksiran di dalam Akaun 2 akan dipindahkan ke Akaun 1 apabila terdapat taksiran bagi tahun yang sama dibangkitkan dalam Akaun 1.
· Sekiranya tiada taksiran dibangkitkan dalam Akaun 1, baki bayaran ansuran yang tidak digunakan di dalam Akaun 2 akan dibawa ke hadapan dalam tahun yang berikutnya.
good luck to all..
ReplyDelete