Search This Blog

Tuesday, November 16, 2010

BELAJAR BAHASA ORANG LAIN - Siri 1







Pesan makanan
============ =  

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa melayu
telah berhijrah ke Malaysia...  

Dia mencari pekerjaan.. sebelum berhijrah
teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih donut
dan kopi" dalam bahasa melayu agar dia dapat memesan
makanan sendiri.  

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.  

"Nak makan apa?" tanya pelayan.  

"Kuih Donut dan kopi," kata Micheal dengan bangganye sambil mengembang dan mengempiskan idungnya....  

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, dia terpaksa
memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka
mengajar untuk mengucapkan vocab baru dalam BM iaitu " roti daging".  

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal
masuk ke restoran dan sekali lagi dengan rasa bangga terus memesan,  

"Roti daging."  

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
Michael kebingungan...apa yang harus dibalasnya???? 

Selepas berfikir dia dengan nekadnya menjawab:
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal .... 

Lepas tu ngkorang tekalah sendiri, apa yang dimakan oleh Micheal selama sebulan lagi sebelum dia belajar vocab BM yang baru.....huuhuhuuhuh

** Moral of the story, bawak2 la belajar bahasa orang lain agar mudah kita berurusan.....   

No comments:

Post a Comment