Search This Blog

Tuesday, November 16, 2010

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY

" Corporate social responsibility (CSR), also known as corporate responsibility, corporate conscience, corporate citizenship, responsible business, sustainable responsible business (SRB), or corporate social performance,[1] is a form of corporateself-regulation integrated into a business model. Ideally, CSR policy would function as a built-in, self-regulating mechanism whereby business would monitor and ensure its support to law, ethical standards, and international norms. Consequently, business would embrace responsibility for the impact of its activities on the environment, consumers, employees, communities, stakeholders and all other members of the public sphere. Furthermore, CSR-focused businesses would proactively promote the public interest by encouraging community growth and development, and voluntarily eliminating practices that harm the public sphere, regardless of legality. Essentially, CSR is the deliberate inclusion of public interest into corporate decision-making, and the honoring of a triple bottom line: people, planet, profit. " -  Wikipedia



Kenapa LHDNM menjalankan CSR?
  1. Mentadbir dan memacu "Reputasi" yang baik di mata masyarakat
  2. Mengamalkan ciri-ciri Masyarakat Penyayang
  3. Memberi balik kepada masyarakat di dalam pelbagai bentuk perkhidmatan, barangan & sokongan moral
  4. Obligasi dalam bentuk kontrak sosial
  5. Menjalin siratul-rahim dengan "stake-holder"
  6. mewujudkan saluran untuk individu dan organisasi untuk berbakti dan membuat kerja amal.

Kisah yang agak benar
Apakah? Panas baran kah aku?
Jika ada orang bagi hadiah sehari lepas harijadiku, aku memang rasa terus nak baling dalam tong sampah jer.
Hadiah itu tak bermakna langsung padaku, bikin potong stim jer! Kenapa tak cubapun ingat tarikh besday aku dan bagi hadiah tepat pada harinya? Macam le aku hadap (hard-up) nak sangat orang bagi hadiah hari jadi separuh abad tu.
Mungkin kerana aku jenis manusia tak reti nak sabar kot. prinsip aku "doing the right thing at the right time,” Kalau tidak, baik tak payah!
Konfius? Cam ni. Kalau aku boleh usaha datang awal jika ada perjumpaan, nape ko boleh bagi alasan bodoh dan datang setengah jam lewat? Arghhhhhh! Haven’t you got any respect for other people at all?
Anyway, nak cerita ni - kekadang kita kena banyak muhasabah diri untuk jadi insan yang lebih matang. Aku bukan ngata korang yer! aku maksudkan yang ampunya diri le tuh!
Masa bulan posa lepas, LHDNM buat projek CSR. test market kiranya (secara rasmi, blum ni pun buat juga keje amal tapi tidak secara terancang). Kami dah identify 3 penerima bantuan. Time posa ni, sume orang jadi dermawan, nak rebut pahala Ramadan le katakan, Alhamdulillah!
Shelter home pertama cares for anak-anak ditinggalkan ibu-bapa, single mothers dan OKU yang family buang. (god! I wish I could use better words) . yang kedua adalah rumah anak-anak yatim dan mereka perlukan freezer  besar untuk simpan stok bahan makanan mentah sementara penerima ketiga alu-alukan apa saja bantuan memandangkan kanak-kanak sekolah terbabit adalah anak yatim dan pelajar susah.
So aku bincang dengan staf aku dan bagi tugas masing-masing. Amy bincang dengan pengeluar kasut untuk minta diskaun kerana rata-rata bebudak tu dah tiga tahun tak pakai kasut baru. Duit kutipan akan di gunakan untuk tampung kos kasut, beli barang keperluan menyambut hari raya dan beli sebijik freezer.
“Ya Allah! saya rasa macam orang kaya hari ni, pi beli barang kat pasayara m###n tu”  kata cek man dan dess masing-masing dengan senyum “terkoyak mulut sampai telinga” kerana aku bagi RM3,000 untuk berbelanja beli barang makanan dan keperluan raya. "nasib baik beli barang, nak harap mock cheque je, amount tak le seberapa, bikin malu jer" sampuk lee.
Emi, amy dan nana aku tugaskan buat persiapan awal kat rumah perlindungan tu memandangkan ada sidang media.
Ayun dan ijoi takyah pi mana-mana, hehehe kena ikat kaki kat pejabat, uruskan jemputan media, skrip KP dan talking points masa sidang media nanti. nasib ko le!

Alhamdulillah, pada hari kejadian ramai wartawan hadir, terima jemputan yang ijoi keluarkan. habis beberapa Pengarah Negeri dan Cawangan aku seret sama jadi saksi. KP beri ucapan ringkas dan sarungkan kasut beberapa kanak-kanak comel  di shelter home. apa lagi seboklah  si sepol dan paparazzi surat khabar amik gambar nak keluar berita di dada akhbar hari esoknya.

Sampai satu ketika ada gadis oku peluk  erat KP dan tak lepas-lepas pegangannya sampai menitis air mata boss aku tu (boss pompuan). Aku pun sebak sama memandang wajah gadis tersebut yang luahkan rasa terima kasih dan syukurnya menerima bantuan melalui pelukan eratnya.
Kes kedua  bikin aku frust giler! apakah? Ada pihak dah kalahkan aku beli freezer tu dan bagi pada rumah anak-anak yatim tersebut, kami cuma dapat sampaikan wang kutipan untuk keperluan rumah tersebut dan ang pow duit raya je. Inilah yang aku maksudkan tadi, "doing the right thing at the right time,” timing itu adalah segala-galanya, rasa nyesal tak sudah, kami lewat bertindakkkkk!
Kes ketiga plak sangat-sangat menginsafkan aku. Kurang lebih 61 Pelajar di sebuah sekolah di Sekincan terdiri dari pelajar susah di mana separuhnya adalah anak yatim. Tak dapat aku nak coretkan di sini wajah-wajah gembira kanak-kanak tersebut memperolehi kasut baru untuk sambut raya di samping duit raya yang tak le seberapa. “Words could not describe the feeling of joy and contentment projected through the eyes of the children” tatau camna lagi nak cerita. emo sekejap!
“Kesian saya tengok kanak-kanak tu pakai baju kedut!” kata ayun masa majlis  penyampaian di sekolah,  mungkin tahun depan kita beli seterika plak untuk mereka?” aku pun perasan dan fikir benda yang sama. terus kami decide nak buat program sponsor baju dan kasut pelajar kurang bernasib baik akhir tahun ni yang kami panggil "going back to school" moga mereka tidak ke sekolah dengan pakaian lusuh dan kedut lagi, dapat kasut baru plak tu.

Lesson learned?
1.   Jika kita buat perkara baik, ramai orang nak bantu. Allah sesungguhnya sangat memungkinkan dan memudahkannya. percayalah!
2.   Banyak golongan di luar sana nak salurkan bantuan, mereka mencari-cari pihak yang sudi mengendalikan projek sebegini. kena pandai cari.
3.   Jika tak terlibat secara langsung, memang tak rasa apa-apa pun, rasa itu terkesan semasa bertungkus lumus melaksanakan program sebegini.
Jauh sekali di sudut hati nak berbangga, projek CSR bukan untuk tujuan takabur, sebaliknya supaya ianya boleh dijadikan ikhtibar , pencetus dan pemacu pada pihak lain untuk bersama membuat kerja amal kebajikan. Aku sekadar nak kongsi pengalaman jer.
Insan kerdil macam aku yang serba kekurangan, manalah dan apalah sangat yang dapat aku berikan, hanya mampu menggunakan tulang empat-kerat yang Allah anugerahkan dengan rasa penuh kesyukuran dapat melaksanakan sedikit kerja amal untuk saudara-saudaraku yang amat memerlukan bantuan.
Tahun depan rasa nak  join Amal Malaysia la plak, nak pi gaza nak bantu saudara kita di sana.

nota kaki:
khas buat amy joe, yang patah pinggang opppps! slipped disc dan dok terbaring kat katil spital, kerana angkat benda berat sebelum sidang media, kami doakan moga cepat sembuh. emi, ayun dan dess juga nana, cek man, ijoi, lee dan sepol, patah kaki tanpa kehadiran anda di ofis tau! hamboi....hamboi......hamboi............
pics will be uploaded soon.

No comments:

Post a Comment