Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB
Perhubungan Awam

Menurut Cutlip dan rakan-rakan (1985), PR adalah sebagai “satu fungsi pengurusan yang mengenal pasti, mewujud dan mengekalkan hubungan bersama di antara organisasi dengan berbagai-bagai publiknya yang akan menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi itu”.
PR ialah satu usaha komunikasi yang terancang yang sentiasa meninjau pendapat publik dan mewujudkan aktiviti komunikasi yang sesuai untuk menjalinkan kesecocokan hubungan di antara publik dan organisasi. Sesebuah organisasi memerlukan hubungan publik kerana dalam anlisis terakhir, publiknya yang akan menentukan kewujudannya. Dengan itu, pengamal PR untuk sebuah organisasi perlulah sentiasa meninjau minat, keperluan, tindakan sikap publik terhadap organisasi dan menasihati pihak oraganisasi untuk membuat penyesuaian di tempat yang difikirkan perlu.
Jadi, bolehlah dikatakan bahawa PR adalah penting untuk sesebuah organisasi menentukan kewujudannya. Fungsi pengamal PR pula memastikan organisasi itu bersifat dinamik dan bersedia untuk berubah mengikut situasi persekitarannya. Untuk memastikan bahawa organisasi mendapat sokongan publiknya, aktiviti PR perlu diwujud secara berterusan. Banyak organisasi menganggap strategi PR sebagai strategi penyelesaian masalah sahaja. Namun sebenarnya ia lebih daripada itu, ia fungsi untuk memastikan tidak timbulnya masalah. justeru PR perlu proaktif dan bukannya reaktif.
Definisi
Perhubungan Awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan yang bersifat berterusan dan dirancang dimana sesebuah organisasi akan mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman, simpati dan sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan dengan cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat berhubung dan menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka serta mencapaikanya melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih lengkap untuk kepentingan bersama.
To be continued.....
No comments:
Post a Comment