Business networking is a socioeconomic activity by which groups of like-minded businesspeople recognize, create, or act upon business opportunities.
A business network is a type of social network whose reason for existing is business activity. There are several prominent business networking organizations that create models of networking activity that, when followed, allow the business person to build new business relationships and generate business opportunities at the same time.
Many business people contend business networking is a more cost-effective method of generating new business than advertising or public relations efforts. This is because business networking is a low-cost activity that involves more personal commitment than company money. - Wikipedia.
Kenapa PRO LHDNM kena networking?
- mencari rakan seperjuangan yang boleh membantu satu sama lain.
- meluaskan jaringan persahabatan profesional
- menjalinkan jaringan media sosial yang lebih pantas dan cepat lagi spesifik
- cara lebih murah sebarkan maklumat kepada sasaran
- senang minta tolong bila kenal orang.
Secebis kisah yang agak benar:
Aku sebenarnya malas dah nak bersosial, bosan dah bosan. ko tahu tak? fening la networking segala!
Ingat seronok ke kena pasang badan biar smart-kemas, kena jaga rupa paras supaya nampak kacak bergaya , nak kena senyum sampai terkoyak mulut jumpa orang masa kat networking tu.
Makan pun control macho - macam tertib giler, kena pandai buat lawak plak tu, nak amek hati kenalan dan kena pandai menyusun kata-kata bila bertutur agar jangan angkuh. Tapi itulah, nak buat camna - kena pegi gak kerna tugas.
Maka sampailah aku, emi, ayun, nana dan des ke Hotel Hilton kat KL Sentral tu! akhbar NST jemput ke Rumah Terbuka mereka. LHDNM merupakan pengiklan setia dan tetap tahunan akhbar tersebut.
Arghhhhhhh!
MasyaAllah, ramainya manusia di sana! Maklumlah, NST jemput artis satu Malaya ke sana. Riuh gempita peminat dok tangkap gambar dengan artis pujaan masing-masing. Macam nak buta dipanah flash kamera, puas mengelak ke sana, ke sini, ke sinun! Diaorang bukan amek gambar aku pun, sekadar kena tempias artis-artis tu la.
Kami kena jual muka dan melaksanakan “lips service” (pot pet, pot pet - becok bercakap) jumpa reporter yang kenal dan belum pernah jumpa di semua akhbar di bawah kumpulan NST - NST, Business Times, Malay Mail, Berita Harian dan Harian Metro tunjuk support event mereka terus tukar-tukar kad nama.
Udang di balik batu betul kan? macam sangat tak ikhlas jer! yelah! nanti LHDNM buat Sidang Media apa alasan mereka tak hadir? ha, giliran mereka plak datang buat liputan. Tu lah tujuan sebeno-beno networking nih - " I garu blakang u, U garu blakang i le plak" alasan gitu!
Benci tau kalau selalu networking neh! bukan aper! musnahlah hasrat aku nak berdiet bila kena pegi majlis camni. Habistu, dah juadah terdedah depan bijik mata, takkan nak pandang terbeliak jer. Apa lagi belasah la! Pulak tu, bila dah mula melantak, macam tak reti-reti plak nak brekkkkkkk berhenti, macam kebulur tak makan setahun.
Lihat jam di tangan. Alamak! Dah nak magrib, Hoi! cukup le tu, ribut pun tahu brenti.... jom angkat kakiiiiiii.
Di dalam kekalutan semasa menyelinap keluar, aku terdengar sorang artis berstatus janda berkata pada segelintir repoter yang berkeliaran cari bahan berita “I nak cari suami beriman yang dapat bimbing I kearah kebaikan, duit bukan jadi ukuran yer!” rasa macam terkopak je telinga aku mendengar statement tu! Rupanyer, kekawanku semua dengar benda yang sama.
Nana: Penipuuuu punya pompuan! (hambik engko!)
Des: Eleh! Nak maintain bulu mata plesu dia pun boleh jatuh pokai, cis! brani lagi cakap duit bukan ukuran!
Ayun: Mana mungkin minyak (artis) dan air (org beriman) bercampur di dalam satu adunan. dasar manusia amik kesempatan!
Emi: no! no! no! no way! saje tu cari publisiti murahan. habis yang ko jadi artis kenape? dah le menjanda, pakai baju tak cukup kain plak tu! ade ker orang beriman nakkan ko?
Aku: Eh! yang korang plak tetiba hangin satu badan ni apahal? dah jom blah!
![]() |
Pintu masuk ke Rumah Terbuka |
No comments:
Post a Comment