"Can you press for me level 10... Please," Pinta seorang mat salleh semasa aku berada di dalam lif pejabat.
"Sure!" Saya membalas, sambil jari menekan butang di lif.
"Cheers!" Dia membalas.
Dalam satu kejadian lain,
"Maafkan saya, tolong ambilkan saya susu tu." Pinta seorang makcik.
"Yang mana satu? Ini ke?" Sambil memegang tin dan menunjukkan kepada makcik yang meminta.
"Ya. Terima kasih banyak nak" Oh, hati berbunga, kerana dipanggil anak! So touching lah makcik ni~
Saya bukanlah seorang yang terlalu cerewet, tetapi untuk masa-masa yang tertentu, telinga kita menangkap setiap butir bicara yang dikeluarkan oleh orang sekeliling. Kemudian, kita berfikir dan menilai, lantas belajar tentang erti kehidupan.
Situasi lain, masyarakat yang berbeza.
"Dess , ambil kan buku tu," Saya berhenti sekejap. Otak ligat berpusing, memproses ayat yang dituturkan oleh sahabat sebentar tadi.
Saya diam. Badan bergerak menuju ke arah almari untuk mengambil buku.
"Dess angkat meja ni," Nadanya biasa sahaja. Tiada nada marah, mahupun mengarah. Saya diam. Meja diangkat.
Hati memberontak, mahu juga berkata tentang apa yang saya rasa pada kawan sekeliling. Masa terluang yang ada saya ambil untuk membuat perbincangan, dengan harapan sahabat boleh berfikir tentangnya.
"Yaya, perasan tak sesetengah orang ni suka 'memerintah'," Saya memulakan bicara.
"Macam mana?", Dia menyoal untuk mengetahui.
"Kita selalu perasan, kawan-kawan kita jarang nak guna perkataan 'tolong'. Terutama apabila mahukan orang lain membuat sesuatu untuknya. Semua pun nak beri arahan,"
"Kita selalu perasan jugak, mat salleh, kalau nak minta tolong daripada orang lain, mesti mereka akan gunakan perkataan, "Please". Kalau tak di awal ayat pun, di akhir ayat mereka pasti akan guna juga perkataan "Please" tu."
Ego kah diri, sebab tak mahu 'diarah'? Bukan. Cuma, merasakan bahawa perkataan yang keluar itu memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan si pengeluar perkataan tersebut.
Bukankah tujuannya mahu meminta 'tolong'? Tidak terlalu berat atau susah rasanya untuk menggunakan perkataan 'tolong' tersebut.
Bukankah perkataan 'tolong' itu juga menunjukkan rasa rendah diri. Rendah diri kerana diri sendiri tidak mampu untuk melakukan sesuatu. Jadi, kita bertindak untuk meminta bantuan dan pertolongan daripada orang lain.
Manusia, tiada yang sempurna, malah manusia perlu untuk hidup dalam komuniti supaya setiap kelemahan yang ada di dalam diri individu mampu ditampung oleh individu yang lain.
"Eh, dah lah nak minta tolong orang. Kemudian nak mengarah pula." Detik dia di dalam hati apabila diminta untuk 'tolong' mengambilkan sesuatu. Sedangkan bukanlah dia sedang di'arah' pun, cuma struktur ayat yang keluar menyebabkan dia rasa seperti sedang diarah. Sedangkan, kalau difikir kan pun, tiadalah kawan itu mahu 'mengarah' pun.
Kadang-kadang permohonan untuk mendapatkan sesuatu dari seseorang itu lebih mudah diperolehi jika kita mulakan dengan perkataan ‘Tolong’. Sekiranya perkataan ‘tolong’ itu digunakan, tugasan yang sepatutnya bukan kerja kita pun akan kita buat dengan rela hati berbanding permintaan tanpa perkataan ‘tolong’. Kita akan laksanakan, tapi dengan penuh sumpah seranah.
Lagi teruk keadaannya apabila permintaan telah dipenuhi, 'terima kasih' tidak dilafazkan.
Terima kasih itu sebagai tanda penghargaan kepada yang telah membantu. Kadang-kadang yang membantu tidaklah mengharapkan sangat perkataan tersebut, tetapi, bukankah itu adab?
Jangan ditinggalkan perkataan 'Tolong' dan 'Terima Kasih' dalam hidup sehari-hari! Hakikatnya, kita lemah. Paling tidak pun, kepada Allah SWT perlu untuk kita meminta!
Manners are not born with us, they are acquired.
Betul...aku setuju. apalah salahnya kalau nak minta sesuatu tu gunakan perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' tuh :). Tak luak sesen pun duit kita kalo guna.
ReplyDelete3 magic words yang selalu kena praktis...say i'm sorry, please and thank you....cheersss