Search This Blog

Friday, November 26, 2010

MURTINI MOKSHEN

SEDIKIT LATAR BELAKANG KEMALANGAN YANG MENIMPA PUAN MURTINI BINTI MOKSHEN, PEGAWAI SAMBILAN LHDNM CAWANGAN BINTULU

Benar kata orang “ Kemalangan Tidak Berbau”, kalau ia berbau sudah pasti kita semua mampu mengelakkannya. Namun semua perjalanan hidup kita telah disuratkan dan ditakdirkan begitu dan begini. Tiada siapa mampu melawan Takdir, namun kita tidak hanya akan menyerah pada Takdir semata-mata. Inilah yang terjadi pada rakan kita iaitu Pn Murtini Binti Mokshen.
Pn Murtini Binti Mokshen mula berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) Sambilan Gred 11 pada 16 Julai 2007 hingga 31 Disember 2009 dan Beliau dipanggil semula untuk berkhidmat pada 01 Jun 2010.

Pada  29 September 2010 (Rabu) siapa sangka dan menduga apa yang akan berlaku dihadapan kita,  beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan turun ke pejabat sekitar jam 6.00 pagi, di KM 7 Jalan Bintulu-Miri, kereta Kenari yang beliau pandu telah bertembung dengan sebuah kereta Avanza dari arah yang bertentangan. Berita kemalangan beliau mula diketahui, apabila rakan sepejabat menelefon telefon bimbitnya, akan tetapi yang menyahut adalah jururawat yang bertugas. Jururawat memaklumkan bahawa Pn Murtini Bt Mokshen terlibat dengan sebuah kemalangan dan sedang berada di Hospital untuk mendapatkan rawatan.

Kesan daripada hantukan terlau kuat di kepala , menyebabkan beliau koma  dan ditempatkan di wad ICU. Doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku di kepala beliau dan perlu menjalani pembedahan bagi membuang darah beku tersebut. Sebelum pembedahan beliau mula sedar dan  menjalani rawatan susulan dan ,beliau di benarkan untuk pulang ke rumah pada 10/10/2010.  Namun apa yang beliau dan keluarga harapkan agar beliau sembuh tidak kesampaian. Walaubagaimanapun beliau didapati tidak sedarkan diri oleh si suami pada  Keesokan pagi, dan segera dikejarkan ke Hospital Bintulu.

11 Oktober 2010(Isnin), adalah sejarah pahit bermula dalam hidup beliau,  beliau  menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku tersebut. Dalam waktu tidak sedarkan diri selepas pembedahan, sungguh terharu dan menyentuh hati melihat keadaan beliau sebegitu. Berat mata kita memandang berat lagi beban yang beliau pikul. Seminggu beliau dalam keadaan yang tidak sedarkan diri dan disokong dengan bantuan pernafasan

Sebelum Doktor mengesahkan beliau boleh keluar daripada hospital, satu lagi hakikat yang beliau kena hadapi apabila beliau disahkan hilang penglihatan akibat  pembedahan di kepala. Doktor mengesahkan bahawa harapan untuk melihat semula adalah tipis. Hati siapa tak retak bila menerima khabar sedemikian, sudah jatuh di timpa tangga pulak. 



KESAN DARIPADA PEMBEDAHAN DI KEPALA MENYEBABKAN BELIAU HILANG PENGLIHATAN.

Kepada saudara dan saudari sekalian, sama-samalah kita hulurkan bantuan dan sumbangan yang ikhlas kepada Pn Murtini Binti Mokshen bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga.

Sumbangan anda bolehlah disalurkan terus ke  Pn Murtini Bt Mokshen :-,

CIMB Bank    :    Akaun Nombor 1111-0023086-52-8 
atau melalui :-,

Pengarah 
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Bintulu
Wisma Destiny, Parkcity Comm Square
Jalan Tun Ahmad Zaidi
97000 Bintulu
Sarawak

No comments:

Post a Comment