Individu juga perlukan PR
Dipetik daripada artikel tulisan MOHAMAD SHUHMY SHUIB
TUJUAN
Dasar Perhubungan Awam bermatlamat untuk “memastikan imej baik Organisasi sentiasa terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman, penerimaan, kepercayaan, keyakinan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan dan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam hubungannya dengan orang ramai”.
Tujuan asas perhubungan awam adalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-kumpulan tertentu terhadap sesebuah organisasi atau sesebuah program. Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau kumpulan yakin terhadap objektif organisasi/program dan faedah yang boleh didapati, sama ada oleh individu/masyarakat/negara.
Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-individu organisasi untuk memberitahu masyarakat umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh organisasi dan individu bagi membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap mereka terhadap organisasi. Dengan lain perkataan, imej organisasi perlu berada di peringkat yang terbaik dan tugas individu dalam organisasi adalah untuk menjaga dan mengekalkan imej ini.
OBJEKTIF
Di bawah dasar ini menggariskan lima objektif utama seperti berikut:
a)Identiti Korporat: Untuk memperkenal dan memberi kesedaran kepada orang ramai akan kewujudan Jabatan dan juga peranan, tugas dan fungsi-fungsinya.
b)Imej Korporat: Untuk membina, meningkat dan memelihara dengan baik Imej Korporat Jabatan yang dapat digambarkan sebagai positif, dinamik, proaktif, kreatif dan kritis.
c)Budaya Korporat: Untuk menjalin dan memelihara hubungan persefahaman yang erat dan kerjasama yang rapat antara Jabatan dengan publiknya. Publik merupakan individu, kumpulan-kumpulan individu atau organisasi yang mempunyai kepentingan terhadap Jabatan. Publik sasaran ini meliputi publik dalaman dan publik luaran.
i. Pengurusan Jabatan,
ii. Proses Komunikasi yang berterusan dari masa kesemasa, dan
iii.Publik Sasaran
e)Kekitaan: Untuk mengukuh dan memupuk semangat kekitaan di kalangan anggota Jabatan (publik kakitangan) yang juga merupakan publik dalaman iaitu individu-individu yang berada dalam ruang lingkup Jabatan. Publik Kakitangan merangkumi pihak pengurusan Jabatan, pihak pekerja dan kesatuan sekerja.
To be continued.....
No comments:
Post a Comment